Resolusi Perhimpunan Kaum Cina Ipoh

Berita paling menggemparkan sampai ke Minda Rakyat ialah dari seorang rakyat yang turut sama dalam Perhimpunan Kaum Cina yang diadakan di Dewan Perniagaan Kaum Cina di Ipoh, dua minggu lalu menyatakan bahawa rakyat keturunan Cina, terutamanya yang masih ketinggalan dalam dunia perniagaan mereka (dikenali sebagai golongan kelas dua), telah mencapai satu resolusi untuk mengundi PAS dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Keputusan ini dicapai setelah MCA gagal memperjuangkan nasib mereka, malahan hanya berpihak kepada kroni-kroni sahaja (kaum China kelas atasan) tetapi tidak berjuang untuk kepentingan kaum Cina keseluruhannya. Hendak diharapkan kepada DAP, parti itu masih terumbang ambing dan setelah sekian lamanya belum mampu membawa perubahan yang diharapkan.

Sebaliknya PAS telah membuktikan kepada rakyat Kelantan bahawa nasib mereka pasti tidak akan tersisih dan dipinggirkan. Malahan rakan serta saudara dan keluarga mereka yang tinggal di negeri tersebut merasakan lebih 'selamat' menjalankan perniagaan masing-masing dan inilah bukti bahawa Islam tidak membezakan rakyatnya dengan menzalimi kaum bukan Islam. Tuduhan UMNO, kata mereka lagi, bahawa PAS akan menindas kaum Cina adalah propaganda murahan untuk terus berkuasa dan memenangi pilihanraya.

Oleh itu sebagai parti altenatif di alaf baru ini, hanya PAS yang menjamin bahawa nasib mereka tidak akan dipinggirkan. Keputusan perhimpunan itu ialah bahawa kaum Cina dari kelas dua di bandaraya ini akan mengundi PAS! Tahniah PAS!!

MINDA RAKYAT