Curahan Rasa

Atas permintaan, Jembalang siarkan satu curahan rasa yang diterima dari e-mail seperti berikut:

Kalaulah benar ANWAR MELIWAT dan TIDAK DIPUKUL semasa dalam tahanan polis, serta melakukan rasuah, mengapa:

  1. Mahkamah menolak keterangan yang bersangkutan dengan liwat dan salahlaku seksnya?
  2. Bajunya yang dipakai pertama kali dalam tahanan itu berlumuran darah?
  3. Rahim Nor (Ketua Penyangak Negara) meletakkan jawatannya dan mengaku akan bertanggungjawab dalam kes ini?
  4. Lim Kong Boon gagal dalam memberikan keterangan DNAnya?
  5. Air mani DSAI tidak relevan sebagai bukti di mahkamah?
  6. Air mani Shamsidar tidak relevan sebagai bukti di Mahkamah?
  7. Tilam gagal berfungsi sebagai bukti, setelah diusung berkali-kali?
  8. Umi Hafilda pembawa fitnah itu dicaci?
  9. Jantan sundal bernama Azizan itu dimaki?
  10. Khairuddin kurap hilang modal, lalu membuat lapuran salahlaku seks DSAI ke mahkamah syariah, sedang mahkamah tinggi telah memadam kes tersebut?
  11. Umi Hafilda di'booo' bila keluar Mahkamah?
  12. Azizan di'booo' bila keluar Mahkamah?
  13. Tilam di'booo' bila keluar Mahkamah?
  14. Polis di'booo' bila keluar Mahkamah?
  15. FRU di'booo' semasa jadi jaga Mahkamah?
  16. Pertuduhan dipinda?
  17. RM60 juta tiada dibicarakan dalam Mahkahmah?
  18. Takut kalah dalam perbicaraan, padahal perbicaraan adalah untuk menunjukan yang mana benar dan salah, bukan memberikan kemenangan kepada pendakwa?
  19. Mengapa Umi Hafilda tidak diakui anak oleh bapaknya?
  20. Ada rakyat bangkit menentang kezaliman yang dialami DSAI dan keluarganya?
  21. Ada reformasi, yang sebelum ini tak popular pun perkataan itu?
  22. Wujudnya laman reformasi pernyataan kebenaran?
  23. Utusan, BH kurang laris penjualannya?
  24. Harakah bertambah pembacanya?
  25. Laman Reformasi mendapat sambutan hangat (8,000,000 pengunjung hingga hari ini)?
  26. Laman Web UMNO menerima cacian hangat?
  27. Rakyat dikatakan bodoh, padahal UMNO berlagak sombong dan tak sedar diri yang undi tu datangnya dari rakyat yang bodoh itu?
  28. Orang Melayu dikatakan bukan pejuang Melayu, apakah orang UMNO buta kayu?
  29. Orang Pas dikatakan bodoh, apakah itu bukan satu tuduhan melulu?
  30. Ramai orang Melayu UMNO masuk Pas?
  31. Ramai orang kampong tak tahu UMNO masih terus wujud?
  32. Ramai ahli UMNO tidak membayar yuran keahliannya, semuanya dibayar oleh Ketua Cawangan mereka?
  33. UMNO takut gagal dalam pilihanraya?
  34. Mahatahi tu selalu nak menutup kes ini dengan isu-isu baru?
  35. UMNO tergesa-gesa membuat rombakan kabinetnya?
  36. Mahatahi itu undur dua jawatannya (secara sementara?)?
  37. UMNO dan kuncunya berlagak macam orang alim, padahal berperangai macam jembalang?
  38. Kezaliman dan fitnah menjadi isu semasa dalam khutbah Jumaat di mana saja sembahyang Jumaat hingga ke hari ini (kalau tak pergi tak tahulah!)?
  39. UMNO sengaja membuat fitnah ke atas DSAI?
  40. POLIS sengaja membuat fitnah ke atas DSAI?
  41. Ada demontrasi jalanan?
  42. Ada demontrasi senyap?
  43. Wujud sentimen anti kerajaan rejim Mahazalim?
  44. Pas sentiasa jadi sasaran UMNO?
  45. Pas dikatakan tidak Islamik, Umno bagaimana?
  46. Berdemontrasi ditangkap di bawah ISA?
  47. DSWA diberi sokongan?
  48. Para peguam sanggup berkorban kerana Anwar?
  49. Peguam sanggup dipenjarakan kerana Anwar?
  50. Karpal Singh sanggup membantu Anwar yang dulu adalah musuh politiknya nombor satu?
  51. Suka Dermawan mengaku tida diliwat?
  52. Dr. Munawar mengaku tidak diliwat?
  53. DSAI tidak boleh diikat jamin?
  54. Rakyat tidak diberi peluang meluahkan perasaan mereka?
  55. Kaset perbualan Dr Sng dan Umi tak boleh diedarkan?
  56. Rakyat tidak boleh bersuara dalam kes ini?
  57. Keadilan jadi agenda rakyat?
  58. Keadilan jadi agenda NGO's?
  59. Keadilan jadi agenda media selain Utusan, BH, TV1 & 2, TV3 & NTV7 diseluruh dunia?
  60. Keadilan jadi agenda rakyat seluruh dunia kecuali kroni Mahazalim yang buta kayu?
  61. Orang bukan Melayu terasa malu membaca kes perbicaraan yang keji itu?

 

Dan jika benar TPM yang baru BUKAN Abdullah bin Ubai bin Salul dan seorang yang berjiwa dan mesra rakyat, mengapa MENTERI DALAM NEGERI ITU TIDAK:

 

  1. MENERIMA BANTAHAN RAKYAT BERHUBUNG ISU KEZALIMAN KE ATAS DSAI TIDAK DILAYAN?
  2. MENANGKAP RAHIM NOR MASIH BEBAS WALAU PUN SUDAH BERJINAK-JINAK SEBAGAI GENGSTER DAN KAKI PUKUL?
  3. MENDAKWA PEMFITNAH SALAHLAKU SEKS KES DSAI YANG MASIH BEBAS?
  4. MENANGKAP KHAIRUDDIN KORAP MENJAJA FITNAH DAN MENYALAH GUNAKAN KUASA?
  5. MEMINTA MAAF ATAS KEKASARAN POLIS MEMUKUL DAN MEMBELASAH PARA DEMO?

 

Hai Melayu kaki ampu, tolonglah jawap segala persoalan ini. Kalau kamu tak boleh jawab, ini bermakna hujah kamu tidak relevan dan Mahatahi pun bencikan kamu sebab pandai berhujah tanpa bukti (sama macam Lim Kong Bon).

Aku dan orang kampong berasa malu dan menyesal mengundi UMNO dalam pilihanraya lalu. Aku berazam tidak akan mengulang kesilapan itu. Aku dituduh Melayu bodoh. Inilah saja balasan mengundi UMNO.

Hidup reformasi. Undur Mahathir Undur!!

 

Mr Canggih,

Insan Kerdil, Rakyat Biasa

Jembalang - ingin jadi lidah rakyat yang sebenarnya