Gerakan Reformasi: Bermula Dari Satu Kesan Fitnah

Senario politik negara jelas sudah menemui persimpangan. UMNO yang berada dalam dilema menanti saat kejatuhan dan kemerosotan sokongan daripada rakyat negara ini, jelas tidak 'duduk diam' dengan apa yang berlaku. Jika diamati isu terbaru yang melibatkan isu bunuh PM dan kaset yang berada di tangan Ibrahim Ali, jelas kepada rakyat bahawa UMNO sanggup melakukan apa saja demi maruahnya terselamat!!

Isu fitnah memfitnah sering digembar gemburkan dengan parti pembangkang. PAS dan DAP terutamanya, sering jadi sasaran UMNO untuk menggemburkan kempen politiknya. Apabila saat pilihanraya tiba, UMNO akan mengeluarkan senjata utamanya itu dan akhirnya berkesudahan dengan pengundi DAP dan PAS akan kehilangan punca dan UMNO terus berkuasa dengan memenangi pilihanraya tersebut.

Ia sudah bukan sekali dua berlaku. Malah dua tiga pilihanraya kebelakangan ini, terutamanya sejak UMNO (baru) tertubuh, isu fitnah menggantikan isu kafir mengkafir yang serinmg di'provok'kan kepada PAS. Sebaliknya UMNO yang menyebarkan fitnah terselamat dengan perbuatan mereka, malahan yang menanggung derita ialah orang Islam yang menjadi mangsa bahan fitnah itu.

Fitnah maha dahsyat dekad ini sebelum menuju alaf baru tahun 2000, tahun siber, berpengkalan dalam UMNO sendiri. Sebagaimana dunia maklumi bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menjadi korban mangsa fitnah itu. Implikasi daripada fitnah yang melanda, maka lahirlah kesedaran untuk kembali memartabatkan ugama kepangkuan dan kebesaran Allah. Maka diikuti dengan itu, rakyat tanpa diseru oleh mana-mana pihak berjuang menuntut keadilan dan mahu menegakkan kebenaran. Akhirnya timbul apa yang disifatkan sebagai gerakan reformasi negara.

Rakyat sedia maklumi bahawa gerakan ini bukan lahir daripada PAS. Kekecewaan ahli UMNO sendiri yang sudah berpecah dua golongan utama (team A dan team B) jelas berpihak kepada yang menjadi mangsa. Kekecewaan ini tidak dapat menukarkan kezaliman pemerintahan, melainkan melalui satu proses yang dikenali sebagai pilihanraya.

Akhirnya kita dapati bahawa tiada lagi parti yang berjuang mahu memartabatkan Islam kepangkuannya, melainkan PAS. Walau bagaiman pun itu termaktub dalam wadah perjuangan, namun belum bisa merobahnya secara fizikal. Kejujuran PAS memperjuangkan Islam, diterima oleh ahli UMNO sendiri yang kesemuanya dari ugama yang sama. Amalan yang bercanggah dengan hukum ugama hanya membezakan dua perjuangan parti ini, akhirnya memisahkan perjuangan orang Melayu berugama Islam dengan orang Melayu di mata Islam.

Mengimbau sejarah yang tercatat dalam Al-Quran, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Apabila telah datang petolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada Nya. Sesungguhnya Dia adalah penerima taubat"

(An-Nashr: 1 - 3)

Pengembalian umat Melayu ke dalam Islam yang sebenarnya, samada dengan bertaubat atau menghayati Islam sebagi satu ad-din, menimbulkan kegelisahan di kalangan para pemimpin UMNO yang sering dihantui kemungkaran dan masalah. Bermula dari dalam diri hingga kepada kepimpinannya, UMNO jelas tidak dapat menolak atau melindungkan diri dari berbuat kezaliman. Jika mahu dibicarakan di ruangan yang terhad ini maka tidak akan habis perbicaraan itu.

Lahir dari kezaliman dan kebongkakan ini, maka UMNO menyusun strategi baru untuk menewaskan parti lawan. Isu fitnah dan pembunuhan dijadikan rempah ratus untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dengan menakut-nakutkan golongan bukan Islam. Dalam Al-Quran Allah berfirman dengan maksud:

Dan perangilah di jalan Allah, orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang melampaui batas.

Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu; dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi merka dalam Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (ditempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir"

(Al-Baqarah: 190-191)

Kesan pengajaran ayat di atas amat mudah difahami. Panduan yang Allah berikan amat nyata. Allah mengizinkan sesuatu kaum diperangi jika mereka enggan beriman. Dalam dunia moden perangi berkemungkinan berperang secara psikologi atau berperang melalui teknologi moden seperti internet. Malahan lebih dahsyat dari itu Allah mengizinkan mereka dibunuh, jika menjadi kafir dan enggan bertaubat.

Panduan umat Islam adalah Al-Quran dan Sunah Nabi. Sebagai insan yang mengaku berugama Islam, maka pengembalian mereka ke dalam agama Allah dirasakan sebagai suatu rahmat daripada Allah berlaku. Namun kepada yang enggan bertaubat, berbagai helah diwujudkan hingga membuat angkara fitnah dan mengkucar kacirkan masyarakat.

Amat jelas kepada umat Islam, pihak yang menganjurkan fitnah dan kezaliman perlu ditolak. Apa pun 'brand' tidak kira, tetapi amaran Allah cukup jelas iaitu 'enggan beriman' maka wajib mereka itu diperangi. Jihad yang paling utama adalah perkataan yang benar disampaikan kepada pemerintah yang zalim!!!

Pemerhati Politik Tempatan P.P.T.

20 Mac 1990