Kontraversi Harga Bangunan Perak Darul Ridzuan!!

Sudah mula jadi rungutan di peringkat pegawai-pegawai kanan dan pegawai tinggi Kerajaan negeri Perak bahawa beberapa masalah timbul setelah persaraan Dato' Habib bin Mansor, bekas Setiusaha Kerajaan Negeri Perak yang lalu.

Setelah bersara sebulan lalu, Dato' Habib masih menduduki rumah Kerajaan hingga sekarang. Walau pun rumah itu bukan kediaman rasmi beliau, tetapi cara beliau itu dipertikaikan kerana akan menjejaskan peluang pegawai kanan yang lain untuk mendapat kediaman. 'Kunun'nya rumah beliau masih dalam peringkat pembinaan. Orang lain pun berkhidmat juga dan tidak kurang berjasa kepada negeri ini. Apakah Dato' tak mampu menyewa banglo atau apartment sendiri?

Rungutan juga timbul berhubung dengan harga Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa Dato' Habib mengepalai jawatankuasa tender negeri. Kununnya harga tender bangunan tersebut ialah RM60 juta. Manakala pindaan harga yang terlibat dengan kerja penambahan pengubahsuaian hingga kepada finishing paint adalah dianggarkan berjumlah RM60 juta juga!!

Masalah timbul apabila Timbalan Pengarah JKR Perak bertukar ke Kuala Lumpur. Manakala Dato' Habib pula sudah bersara. Heboh juga di perkatakan di kalangan kontraktor negeri ini apabila pindaan harga sebanyak RM60 juta itu belum diluluskan secara rasmi kepada kontraktor berkenaan, padahal kerja-kerja sudah mencapai 95 peratus. Jika dakwaan ini benar, ini merupakan penyelewengan yang rakyat yang cukup besar jumlahnya!!

Bayangkan! Pembayaran kontraktor masih belum dibereskan, sedang Dato' Habib sudah goyang kaki dengan E280nya!!

 

Inilah wajah Bangunan Perak Darul Ridzuan. Harga Tender Kontraknya menjadi isu kepada rakyat negeri ini. Siapakah yang akan mengadili penyelewengan ini. Harap pihak berkenaan pandang dan lihat sebenarnya yang menyalahgunakan kuasa. Bukan hanya pandang OKT yang sedang dibicarakan!