Sekadar Penghargaan…

Jembalang menerima beberapa e-mail yang mengkritik laman Minda Keadilan. Syabas di atas pandangan anda. Bagi diri Jembalang keprihatinan anda terhadap isu yang di ketengahkan melalui Laman 'Minda Keadilan' adalah sesuatu rangsangan yang cukup baik. Isu-isu itu bukanlah lahir dari idea Jembalang. Ianya lahir dari hati nurani rakyat biasa yang rindukan kesempurnaan terhadap sesuatu, disebalik kepincangan dan kelemahan yang selama ini ditanggung mereka.

Jembalang akui kita sebagai insan di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tegur menegur adalah kewajipan antara kita untuk memperbaiki kelemahan yang wujud. Walaubagaimana pedih sekali pun teguran yang dibuat, Jembalang harap ia tidak akan menimbulkan kontroversi dalam diri yang ditegur. Kepada orang persaorangan, pihak berwajib, agensi Kerajaan, syarikat swasta yang pernah dan akan ditegur, Jembalang mohon maaf kerana terpaksa mengketengahkan sesetengah isu yang agak sensitif.

Sebagai memenuhi permintaan daripada rakyat yang mahukan keadilan dan menyatakan perasaan yang terbungkam di hati masing-masing, Jembalang lebih bertindak sebagai jambatan dan lidah hati nurani rakyat. Marilah kita menerima segala kritikan sebagai memperbaiki segala kelemahan dalam memajukan diri dan negara Malaysia tercinta!

Kembali