Ipoh: Bandaraya Berlubang-lubang

Beberapa ketika dulu, waktu Ipoh hanyalah sebuah bandar, namanya telah melonjak dan cukup popular kerana tahap kebersihannya. Anugerah diberi: Ipoh Bandaraya Terbersih. Kemudian motto dilahirkan: KEKALKAN IPOH, BANDAR TERBERSIH. Jika anda seorang warga bandaraya ini, anda juga akan berasa bangga kerana Ipoh menjadi cukup popular dan ternama di Malaysia.

Menjelang taraf bandaraya yang dianugerahkan awal 90'an mencerminkan kepesatan kependudukan dan taraf ekonomi warganya yang setia dan bekerja bersungguh-sungguh. Lambaian 'Ipoh Mali' cukup menggambarkan bahawa budaya penduduk di sini dengan keramahannya memikat hati setiap yang ingin mendekati dan mengenali.

Implikasinya, kepesatan penduduk dan penghijrahannya tidak dapat dibendung lagi, hingga mendorong berbagai pihak melabur kerana janjian pulangan lumayan dengan kos buruh yang jauh lebih baik, jika mahu dibandingkan dengan bandaraya Pulau Pinang atau Johor Bahru.

Namun ada yang perlu diketahui oleh semua insan yang berhajat berkunjung ke Ipoh samada saja bercuti atau melawat saudara mara. Jalanrayanya memang semakin canggih, tetapi semakin berlubang.

Ramai tuan punya kereta merungut sebab dengan jalanraya yang sebegini telah menjahanamkan 'condition' kereta mereka. Ada yang mengalami patah balljoint dan tidak kurang yang mengalami patah sport rim. Menurut mereka lagi siapa yang nak membayar kerugian ini, akibat penyelenggaraan jalanraya yang tidak memuaskan. Adalah sungguh sukar memahami lingkaran jalanraya di bandaraya ini disebabkan terlalu banyak aktiviti mengorek jalan atau menurap jalan berlaku.

Yang anihnya semakin banyak jalan diturap, semakin banyak pula yang dikorek. Kegiatan ini bukanlah dijalankan oleh orang persaorangan yang tidak bermoral. Sebaliknya agensi ternama dan syarikat terulung selalu terlibat dengan kegiatan ini. Telekom Malaysia atau kontraktor yang menender projeknya sebagai contoh. Jika anda ragu pada kenyataan ini, cuba-cubalah sehari anda memandu sendirian dalam bandaraya Ipoh (hampir di mana sahaja) dan anda akan menjawab sendiri kebenaran fakta ini.

Sempena menyambut hari ulangtahun bandaraya April ini!

Pemerhati Bebas

Jembalang - Tala'at patut jawablah……