KRONI PERLU DIPERTAHANKAN!!

Isu penternakan khinzir terus diperkatakan. Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Lee Cheng Leong, dipetik sebagai berkata, kerajaan negeri telah mengambilkira semua aspek yang berkaitan sebelum meluluskan projek berkenaan. Sudah tentu Datuk Lee Chee Leong bukanlah ahli exco yang meluluskan projek terbabit dan beliau hanya memberikan pandangannya.

Dalam mesyuarat berkenaan isu khinzir ini minggu lalu, Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak, Dr. Abdul Kadir b. Othman, dipetik sebagai berkata bahawa penternakan khinzir ini tidak akan membawa kemudaratan kepada persekitaran. Sekali lagi kita diperlihatkan bahawa isu khinzir dipertahankan oleh kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Ramli. Mengapa kerajaan negeri begitu bersungguh-sungguh mempertahankan kegiatan penternakan khinzir ini? Apakah negeri Perak mahu mengukir nama di persada dunia dalam penternakan khinzir? Siapakah yang empunya Syarikat Leong Sin Nam (Farm) Bhd.? Hampir semua rakyat negeri ini tahu bahawa Leong Sin Nam yang suatu masa dulu adalah syarikat lombong gergasi di negeri Perak hingga satu daripada jalan dalam bandaraya Ipoh dinamakan Jalan Leong Sin Nam. Sebaliknya penduduk Kg. Baru, Kuala Bikam yang terdiri dari orang China sendiri membantah penternakan ini? Lihatlah dunia, sekali lagi kroni dipertahankan!!!

MINDA RAKYAT

Komen Jembalang-anda yang mempunyai kelebihan pengetahuan dalam bab najis ini digalakkan mengemukakan pandangan