Isu Khinzir: Lagi Bantahan Rakyat

Keputusan kerajaan negeri Perak hendak menempat ladang penternakan khinzir secara berpusat di Kuala Bikam, Jalan Bidor merupakan satu lagi langkah pihak kerajaan negeri yang tidak mengambilkir sensitiviti masyarakat. Apatah lagi ianya melibatkan masalah sensitiviti agama (Islam) dan kesihatan.

Kalau kes penyakit kuku dan mulut, pihak tertentu boleh memusnahkan haiwan seperti lembu demi mengurangkan masalah tadi, mengapa pula masalah yang membabitkan beberapa kematian akibat virus J-E, mengapa tindakan yang sama tidak diambil ?

Adakah demi menjaga kepentingan segelintir pihak tertentu (kroni MB barangkali?) maka keselamatan dan kesihatan rakyat yang banyak diketepikan.

Untuk pengetahuan semua, semenjak kes merebaknya virus J-E sehingga menyebabkan kematian, kaum Cina sendiri telah berhenti memakan daging khinzir. Mereka telah menggantikannya dengan daging ayam. Kalau tidak percaya pergilah ke pasar dan tanyalah mengenai penjualan daging ayam yang kian meningkat. Ini menunjukkan betapa kaum Cina sendiri telah memulaukan memakan daging khinzir. Malah mengikut berita dari akhbar, petisyen yang dihantar untuk membantah projek penternakan khinzir di Kuala Bikam itu sendiri terdiri daripada kaum Cina!

Dan amat memulakan apabila kerajaan negeri yang dipimpin oleh seorang yang beragama Islam sanggup bersusah-payah mempertahankan penternakan khinzir di negeri ini. Berapalah sangat pendapatan yang pihak negeri dapat daripada penternakan ini ?

Seperkara lagi, sejauh manakah pihak kerajaan negeri dapat menjamin penduduk di sekitar kawasan ladang penternakan khinzir terjamin dari bahaya J-E ? Apakah tidak mungkin bahawa nyamuk yang membawa virus ini dapat menyebarkannya melalui kenderaan ?

Jadi kesimpulannya, yang mana lebih penting, jaminan kesihatan ? ATAU ...................

rostam