KETUA UMNO CAWANGAN BERTINDAK GANAS

Ketua UMNO Cawangan Kuala Pari, Encik Mohd Zin bin Haji Mukmin bertindak ganas ala samseng, apabila mengugut ibu kepada Ustaz Mohd Khazeim bin Elias, seorang ugama yang terkenal di bandaraya, Ipoh.

Sumber memberitahu MR bahawa En. Mohd Zin bertindak dalam satu kumpulan lebih tepat jika dikatakan 'kumpulan samseng' UMNO Kuala Pari. Mereka telah menelefon ibu kepada al-ustaz tersebut dengan kata-kata ugutan akan mencederakan ustaz ini dan keluarganya, jika beliau terus mengajar ilmu ugama di kampong berkenaan.

Ustaz Mohd Khazeim bin Alias adalah bekas pegawai ugama yang diberi tauliah mengajar oleh Kerajaan semasa bertugas dengan Jabatan Agama Islam Perak, Daerah Ipoh sedikit masa lalu. Beliau kemudian meletakkan jawatannya lalu menjadi penceramah bebas dan seringkali mengajar ilmu ugama kepada penduduk-penduduk tempatan.

Beberapa bulan kemudian iaitu kira-kira dalam bulan Disember 1998, Ustaz Mohd Khazeim bin Elias telah menyerahkan borang keahlian PASnya. Semenjak itu beliau dicemuh oleh 'orang kuat' UMNO di kampong berkenaan. Tauliahnya ditarikbalik beberapa ketika dan kekecohan timbul setelah laporan polis dibuat oleh En. Mohd Zin bin Hj. Mukmin.

Selepas beberapa hari kisah itu disiarkan melalui laman MR, tauliah mengajar diberikan semula dan ustaz tersebut kembali mengajar di kampong dan masjid Kuala Pari. Namun dalam beberapa hari lalu, kekecohan timbul semula angkara En. Mohd Zin dan kroni-kroninya yang berlagak samseng ala mosaid.

MINDA RAKYAT