Kerajaan UMNO Terus Membela Kroni

Tan Sri Ramli selaku pemimpin Kerajaan Umno Negeri Perak terus terusan membela kroni. Akibatnya rakyat yang lemah dan tidak berupaya menanggong segala kesengsaraan tanpa pembelaan yang sewajarnya!

Satu siri dari beribu siri penyelewengan hak rakyat itu sampai ke pengetahuan Jembalang. Setelah disiasat didapati dakwaan orang kampong adalah benar! Permohonan untuk mendapatkan tanah bagi Rancangan Perkampongan Tersusun (RPT) Tanah Hitam (Fasa II), yang terletak di Daerah Chemor, Ulu Kinta, Perak oleh lebih 100 penduduk di situ ditolak!

Sebaliknya pihak Kerajaan Negeri meluluskan tanah seluas 13.267 hektar itu kepada kroninya untuk dimajukan dengan skim perumahan. Amat memilukan hati Jembalang, apabila diketahui bahawa sebuah masjid sedang dalam pembinaan dalam lot yang sama bernombor 69187 sekarang bersebelahan tapak cadangan yang dipohon. Apakah kerajaan negeri sedar bahawa menggadai tanah rakyat kepada pemaju sekim perumahan itu satu penyelewengan. Apakah dengan mendirikan rumah secara sekim taman perumahan moden menjamin masjid yang baru itu dimakmurkan oleh penduduk-penduduk sekitarnya? Apakah kerajaan negeri buta melihat masjid Chemor sekarang berkiblatkan rumah berhala Budha di hadapannya?

Tradisi membela kroni nampaknya melangkaui batas-batas agama. Perhitungan wang dan ringgit telah mengaburi mata hati mereka untuk mempertahankan masjid dan bakal jemaah yang akan memakmurkannya. Inilah satu dari bukti penyelewengan yang menjadi kesinambungan dalam Kerajaan UMNO hari ini. Oleh itu kepada rakyat yang insaf, marilah kita bersatu hati dan bergabung tenaga pertahankan hak dan kedaulatan ugama Islam. Singkirkan UMNO dan kroni-kroninya!

 

MINDA RAKYAT utusan hati nurani rakyat