MENGAPA KRONI TERUS DIBELA?

Pepatah ada mengatakan bahawa kerana budi tergadai, 'body' atau ada ubi ada batas. Lahirnya pepatah orang-orang tua kita adalah dari pemerhatian yang halus dalam budaya Melayu. Kehadiran pendatang di zaman penjajah British, kemudiannya telah menyelami kelemahan orang Melayu di sebalik pepatah ini. Mungkin ini satu cara bagaimana mereka bersikap seperti Belanda minta tanah!

Kerajaan Negeri Perak hampir sama dengan pepatah di atas. Tidak pernah tercatat dalam sejarah bagaimana nasib orang Melayu terbela. Semua keputusan yang dibuat condong kepada kepentingan. Kebanyakan tanah-tanah yang ada di negeri ini semuanya dikaut oleh Belanda bermata sepet. Mereka ada wang. Mereka boleh berbudi. Orang Melayu kampong mana ada wang. Apa mereka dapat jika membantu kaum sendiri?

Pengalaman saya mentadbir mengajar erti kepayahan oarang kampong. Tidak terdaya saya membantu mereka kerana kita tertakluk sepenuhnya kepada arahan pihak atasan. Oleh kerana saya diperingkat yang agak tinggi maka saya menerima arahan yang kedua atau terus dari MB. Percanggahan prinsip terus menjadikan saya renggang dengan mereka dan akhirnya saya mengalah setelah bertahan agak lama juga dalam Pentadbiran Kerajaan.

Bayangkan jika anda terpaksa membuat keputusan yang jelas tidak memihak kepada bangsa sendiri. Ini semua kerana 'pulus'!! Tidak ramai orang akan percaya mengapa saya meninggalkan perkhidmatan Kerajaan kerana semata-mata masalah sekecil ini. Saya akui saya juga pernah ditawarkan ganjaran yang sama. Barangkali memang ia nampak kecil. Namun sebagai manusia mempunyai prinsip saya percaya amat jelas Kerajaan tidak membela orang Melayu kampong. Sebaliknya kroni terus dibela. Mengapa? Semuanya kerana wang!!

Akhirnya bumiputera sendiri tidak pernah merasai kenikmatan taraf bumiputera itu sendiri. Mereka terpaksa menjadi pendatang dan membeli kembali tanah daripada 'Belanda mata sepet' yang telah mengolah bukit atau hutan menjadi sebuah taman dan kemudiannya mengenakan harga yang berpuluh malahan ratusan kali ganda dari premium yang sepatutnya dibayar dibayar!

Saya tidak dapat membuat keputusan untuk memihak kepada orang Melayu jika mereka minta tanah berpuluh ekar atau beratus ekar. Ini semuanya diputuskan dalam exco yang jelasnya akan memihak kepada pihak-pihak tertentu atas alasan politic fund. Memang kaum bumiputera negeri ini belum mampu untuk membayar politic fund. Mungkin ada satu atau dua yang berselindung di sebalik Baba. Jika mereka bijak akhirnya ada sedikit kejayaan yang diraih, biar pun ianya berasal dari kuah!

Saya perhatikan aliran kekayaan negeri mengalir terus ke tangan asing. Kesempatan ini terus berlaku tanpa adanya sekatan. Kepada yang meyedari bagaimana ianya berlaku dan tahu bagaimana mengambil 'kesempatan di atas kesempatan', maka mereka berjaya memperolehi sedikit keuntungan. Kebiasaaannya pemandu yang biasa bergaul dengan kami pegawai atasan, akan mencuri sedikit peluang yang ada. Prinsip saya, saya biarkan asal ia tidak menyusahkan saya. Malahan secara moral saya galakkan.

Ramai pemandu di negeri ini berjaya mengumpul sedikit harta. Tidak kurang yang sudah bergelar ribuan, ratusan dan jutawan!! Ada yang masih terus bekerja. Ada yang sudah berpuashati dan meninggalkan perkhidmatan mereka. Mereka ini biasanya amat rapat dengan kroni-kroni. Di kalangan mereka yang bijak, kesempatan yang sedikit ini juga membawa imbuhan yang baik untuk masa depan. Jika anda tak percaya cuna lihat pemandu yang berkhidmat dengan Jabatan Perhutanan, Pengarah Tanah dan Galian atau Pentadbir Tanah Daerah. Mereka lebih bergaya kerana ada lebih wang imbuhan berbanding pemandu di Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Agama Islam.

Tradisi membela kroni tidak mungkin terhapus selagi BN tidak dihapuskan. Kepentingan kroni bukan sahaja untuk mendapatkan wang hari ini. Selanjutnya kroni mampu meneruskan cita-cita politik masa depan. Kroni yang berpengaruh mungkin mampu mengekalkan karier politik masa kini dan masa depan. Kroni juga amat ditakuti. Kuasa kroni sama macam boss saya dulu, malahan lebih kuat kerana MB ibarat anak tirinya. Kroni yang teguh boleh mengancam kedudukan kami pentadbir. Apa lagi yang 'ciput' macam kerani besar atau kerani biasa atau budak pejabat. Kasihan mereka yang menjadi mangsa kroni.

Akhirnya kronilah yang mampu mengekalkan kehidupan seseorang yang berpengaruh itu dalam kemewahan. Kroni akan mampu membiayai apa saja yang kita miliki. Kroni yang cukup teguh sebenarnya mampu menjejaskan kedudukan politik sesebuah negeri. Umpamanya di bandar Taiping, ada kroni yang mampu meminjamkan wang kepada istitutsi kewangan dalam bentuk tunai walaupun jumlah yang dikehendaki pada kadar RM1 juta!!

Satu-satunya kroni yang terus unggul di negeri ini, menerima habuan pemberian konsesi pembalakan setiap kali exco meeting. Chung Khai Chin. Siapa yang tak kenal kroni ini. Tan Sri sendiri, mahu pun Dato' Samad kedua-duanya telah dibeli. Ramai yang tidak menyedari kroni ini adalah bekas ketua pasukan Bintang Tiga di zaman penjajahan dahulu. Kini beliau meneruskan penjajahannya dan bangsa sendiri yang tersungkur jadi mangsa!! ~MR

Sumbangan dari 'bekas seorang Pentadbir'. Terima kasih.