Lawatan Pendek Ke Ipoh

Dr. Mahathir akan membuat lawatan singkat ke Ipoh, Perak pada hari Jumaat 26 Februari, 1999. Beliau dijangka tiba pada jam 5.40 petang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Satu sumber memetik sebagai berkata bahawa surat pekeliling kepada badan politik UMNO dan juga Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri telah diedarkan untuk menyambut acara ketibaan PM pada petang hari tersebut.

Dr. Mahathir dijangka akan bertemu pemimpin UMNO dalam satu majlis tertutup. Beliau juga akan menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Dato' Radzi bin Manan di Tambun, Height, Ulu Kinta. Beliau akan pulang pada jam 10.15 malam hari yang sama.