Mintak Maaf le Dato'!

Kami ucap terima kasih ejelah kepada Dato' yang budiman. Menyediakan makan dan minum kepada orang yang berposa adalah satu kebaikan yang dianjurkan dalam Islam. Macam itulah pimpinan yang kita harapkan. Tapi kami rasa terkilan sebab dalam masa yang sama Dato' juga ada terlibat dalam kezaliman. Sahabat kami dulu ditangkap kerana bereformasi, sebab kakitangan Kerajaan. Kami pun kakitangan kerajaan juga. Biar dari golongan bawahan jiwa kami tidak boleh dibeli dengan sesuap dua nasi atau seteguk dua air minuman. Kami punya harga diri. Ingat! Kalau kami tak angkut fail Dato' semua fail tak bergerak. Kalau kami buangkan semua surat Dato' paham ajelah akibatnya. Hati kami juga mesti dijaga. Jadi jangan kecik hati kalau undangan Dato' 7 Januari 1998 ini kami tak hadir.

PRAK Terpinggir