JANGAN HANYA PANDAI BERJANJI!!!

(Amaran Untuk Bernard Dompok)

Kerbau dipegang pada talinya. Manusia dipegang pada janjinya. Kata bidalan orang tua-tua itu sering mengingatkan kita bahawa sentiasa berpegang pada janji. Dalam peraturan ugama Islam juga janji membawa implikasi besar jika dimungkiri kerana ia boleh membawa kita kepada sifat-sifat orang munafik!

Kempen punya kempen dalam pilihanraya Sabah awal minggu ini, Tan Sri Bernard Dompok selaku ketua BN Sabah nampaknya angkuh sekali. Hinggakan beliau berkata dalam keadaan waras dan penuh bersemangat antara lain katanya, jika saya tewas (dalam pilihanraya) kali ini, saya akan terus pencen berpolitik. Ucapannya disiarkan ke seluruh negara dengan harapan dan keangkuhan akan memenangi hati rakyat yang 'kununnya' menyokong beliau.

Amat pedih hati menerima kenyataan bahawa Tan Sri Bernard Dompok kalah kepada lawannya Datuk Clerence Bongkos Malakun dengan majoriti 4,388 undi!!!

Mr canggih

Komen Jembalang-Presiden UMNO juga jangan terlalu angkuh dengan kemenangan yang diterima.