MENGAPA PAS SANGAT DITAKUTI

Perang pilihanraya semakin terasa bahangnya. Sikap berhati-hati dalam menghadapi pilihanraya umum kali ini amat dirasai, terutama oleh parti yang memerintah akibat kegawatan ekonomi. Satu rahmat bagi PAS yang selama ini memenangi hati rakyat secara sedikit demi sedikit dan pertambahan bilangan ahlinya atas rasa insaf dan kesedaran serta tanggungjawab. Sebaliknya kemelesetan ekonomi seperti satu petaka kepada UMNO dan parti komponen BN yang dahulunya memenangi undi secara beli.

Kenyataan akhbar Samy Vellu dengan mengatakan bahawa PAS telah menjalankan perang psikologi di kawasan Parlimen Sg. Siput, tidak dapat diterima dengan mudah oleh semua pihak. Anihnya mengapa PAS sangat digeruni oleh Samy?

Kempen politik PAS Perak kali ini nampak lebih agresif. Ini mungkin berikutan bertambahnya bilangan para tokoh terbilang dan tokoh korporat ke dalam PAS. Pertambahan bilangan cawangan PAS Perak juga dengan kadar lebih baik. Umpamanya beberapa cawangan PAS telah tertubuh di kawasan sekitar bandaraya Ipoh, yang dahulunya tiada cawangan PAS seperti Kg. Chepor, Pekan Chemor, Tanah Hitam, Kg. Ulu Chemor, Taman Temara, Kg. Seri Kinta, Kg. Kuala Pari, Gopeng, Taman Indah, Ulu Kinta, Pekan Razaki, dan lebih banyaknya cawangan PAS muncul ibarat bulan yang jatuh ke riba!!

Kekuatan PAS adalah pada keikhlasan ahlinya yang turut sama mahu berjuang memenangi pilihanraya kali ini. Mereka berazam mahu menumbangkan Kerajaan BN yang nyata mengecewakan rakyat bawahan. Pelbagai masalah dan keluhan rasa rakyat bawahan tidak mendapat pembelaan. Sebaliknya negeri Perak di bawah pimpinan Tan Sri Ramli selaku Pengerusi BN negeri terus mempertahankan kroni-kroninya.

Bukan setakat Samy Vellu patut gerun kepada PAS. Malahan beberapa kawasan Parlimen yang dijangkakan memberikan saingan sengit kepada BN selain Sg. Siput, ialah Parit Buntar, Larut, Tambun dan Parlimen Belanja. Kemasukan beramai-ramai ahli baru ke dalam PAS adalah suntikan modal paling besar bagi PAS memenangi pilihanraya umum kali ini, berbanding dengan suntikan JE Kerajaan BN kepada babi hingga menyebabkan mereka begitu hilang keyakinan setelah hilang duit akibat kemelesetan!!

MINDA RAKYAT

Sumber 'mr. Canggih'