Di mana Tan Sri Ramli Setiap Jumaat?

Perbualan beberapa orang jemaah selepas solat Jumaat minggu lalu menarik perhatian Jembalang. Memang selepas setiap Jumaat, Jembalang akan berbual dengan rakan dan taulan yang ditemui bercerita soal bermacam perkara. Dari hal bisnes hingga kepada politik dan ugama. Seperkara menarik perhatian pada Jumaat yang lalu ialah tentang mengapa sudah sekian lamanya, Tan Sri Ramli tidak berjemaah bersama-sama di Masjid Negeri, Ipoh. Apakah sudah tiada luang masa untuk berjemaah setiap Jumaat bersama-sama rakyat disini? Kemanakah beliau menghilangkan diri di setiap Jumaat, setelah tidak berjemaah di Masjid Negeri sejak kira-kira setahun lalu? Ahli-ahli Jemaah rindukan beliau!

Jembalang