Terlalu Banyak Penyelewengan, Tanpa Penafian!!

Terlalu banyak berlaku penyelewengan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Bermula dari pengurusan tanah, pengurusan hutan hingga ke sekecil-kecil projek kerajaan seperti projek PLB sekali pun berlaku unsur penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pegawai yang diberi tanggungjawab.

Walau pun bukan seratus peratus terseleweng, namun bilangan angka penyelewengan ini jika di audit, sudah cukup untuk menimbulkan keresahan di kalangan para pegawai pentadbir Kerajaan Negeri termasuk oleh Menteri Besar Tan Sri Ramli bin Ngah Talib. Itulah sebabnya mengapa beliau tidak menafikan dengan apa cara, penyelewengan yang berlaku kerana mengikut maklumat yang ada secara tidak langsung ianya membabitkan Tan Sri Ramli sendiri dimana kedudukan pemimpin itu hari ini dianggap sebagai Marcos negeri Perak.

Bermula dari pemberian tanah dan juga konsesi balak yang merupakan punca pendapatan kepada golongan tertentu, penyelewengan ini dianggap sebagai mencabuli hak rakyat dan rampasan kepada harta negeri. Rungutan dan bantahan oleh anak negeri yang berani dapat dilihat dan didengari dari masa ke semasa. Umpamanya yang terbaru penduduk Kg. Baru memfailkan permohonan menghalang syarikat Leong Sin Nam (Farm) Bhd. daripada meneruskan projek 'menternak khinzir' yang mana telah mendapat restu kerajaan negeri. Bagaimana jenis perniagaan sebegini boleh ditimbang dan diluluskan dengan mudah, jika tiada campurtangan dan restu 'orang kuat' negeri Perak itu?

Satu sumber maklumat oleh ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Changkat Lada di mana adalah kawasan pilihanraya Tan Sri Ramli sendiri, jika di masa lalu, apabila datang satu berita yang merosakkan nama baik beliau dan UMNO maka mesyuarat khas dibuat untuk menolak bahan fitnah 'kununnya'. Tetapi setelah sekian lama hingga ke hari ini beliau tidak lagi mampu menafikan dan tiada sebarang penafian yang dibuat ke atas segala penyelewengan yang berlaku. Ini sebenarnya membuktikan bahawa segala penyelewengan yang berlaku adalah benar dan relevan.

Rakyat perlu disedarkan dengan penyelewengan ini ianya merampas hak asasi negeri untuk dikumpul ke dalam kocek individu tertentu.

Hidup Reformasi. Tumbangkan BN dan sekutunya!

mrcanggih