Itulah Sebab Mengapa Pemantauan Badan Bebas Perlu

(khas buat rakyat Sabah dan seluruh warganegara amnya….)

Segala kebimbangan yang disuarakan oleh Dato' Joseph Pairin Kitingan Presiden PBS, minggu lalu terjawab sudah. Persekongkolan atau konsfirasi untuk memastikan BN terus memenangi pilihanraya di Sabah sudah tercermin dengan jelas. Selepas PDRM dan kini, Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR sudah menganggotai pakatan itu dalam satu konsfirasi yang cukup agung dekad ini bagi memastikan kejayaan BN memenangi pilihanraya meskipun dengan cara kotor dan cukup hina!!

Seperti biasa, Utusan Malaysia selaku Media Rasmi BN hanya memberikan ruang yang begitu kecil dalam terbitannya hari ini 11 Mac 1999, sebagai melepaskan batuk ditangga. Dengan segala persepsi ini, sudah cukup membuktikan kepada rakyat yang mahukan kebenaran, komplot BN terus-terusan mahu memerintah negara.

Demokrasi di Malaysia sudah tercemar. Para pemimpinnya jelas mahukan rakyat memihak kepada BN. Empat puluh dua tahun negara ini telah diliwat oleh pemimpin UMNO yang datang dan pergi silih berganti. Walau pun benar tertera pembangunan fizikal yang berlaku hari ini, tetapi tidak seimbang dengan pembangunan rohaniahnya diikuti pula dengan janji-janji kosong untuk memartabatkan ugama dari dizalimi. Setiap pilihanraya datang dan pergi, maka setiap itulah pemimpim UMNO berikrar dan melepaskan janji dengan tipu daya dan akan bersama mencipta keuntungan peribadi melalui kroni-kroni mereka.

Lapuran polis yang dibuat oleh terhadap wujudnya pemberian kerakyatan secara 'luar tabii' adalah seperti mengharapkan mimpi yang tak akan menjadi kenyataan. PDRM yang menangani kes DSAI pula jelas sudah hilang kredebilitinya untuk diamanahkan dalam penyiasatan ini. Jika kes Dr. Munawar dan Sukma Dermawan boleh selesai penyiasatan dan hukuman dijatuhkan dalam sekelip mata, mana mungkin penyiasatan terhadap penyelewengan Jabatan Pendaftaran Negera yang memberikan taraf kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin akan selesai sebegitu cepat!!

Amat jelas kepada kita rakyat negara tercinta bahawa pemimpin UMNO sanggup berbuat apa saja, walaupun meliwat keselamatan negara sekalipun, asal mereka terus mahu berkuasa. Mereka terlalu rakus dan perbuatan ini akan mendatangkan malapetaka kepada rakyat negara ini akhirnya. Pemimpin UMNO hari ini yang diketuai oleh Dr. Mahathir amat pandai bermuka-muka dan bersandiwara. Mereka menunnjukkan kepada rakyat seolah-olah mereka yang terbaik dan mampu memberikan sumbangan kepada negara. Sebaliknya, merekalah kini penjenayah negara dengan menundingkan jari kepada sesiapa sahaja yang menentang mereka.

Akan sampai bencana Allah kepada pemimpin yang fasik, sesat lagi menyesatkan!! Nauzubilaah minzalik!! Marilah kita selamatkan negara kita dengan jangan lagi memangkah BN dan sekutunya dalam pilihanraya ini.

SALAM REFORMASI DARI RAKYAT DI NEGARA TERCINTA

mrcanggih