Fitnah Adalah Budaya Dalam UMNO: Siri 2

Menyedari gejala fitnah mampu memberikan kesan terhadap orang yang difitnah, maka Dr. Mahathir terus memfitnah media yang tidak mampu untuk dikawal selia iaitu internet.

Laman web penyokong reformasi dan juga dari parti pembangkang menjadi sasaran utama serangan Dr. Mahathir. Beliau seharusnya lebih peka berhubung dengan isu yang melibatkan bantahan rakyat, bukannya mempolitikan isu itu.

Minda Rakyat membantah kenyataan Dr. Mahathir bahawa laman web yang diwujudkan bertujuan memfitnah kerajaan. Hakikat yang perlu disedari oleh Dr. Mahathir ialah bahawa kandungan yang tersiar di internet adalah suara hati rakyat yang semacam membungkam menyatakan ketidakpuasan hati dalam isu yang dibangkitkan. Saluran melepaskan bantahan itu seringkali disekat dengan akta neraka mereka (ISA) yang telah menyiksa ribuan rakyat yang tidak berdosa, jika dinyatakan secara terang-terangan. Buktinya, nasib malang bakal diterima oleh seramai 127 orang kena tahanan (OKT) dalam perhimpunan membantah kezaliman rakyat sepanjang tahun lalu.

Hanya internet satu-satu saluran media yang gagal membuktikan siapakah yang begitu berani serta lantang menyuarakan kebenaran terhadap kezaliman pemerintah. Para netters tidak perlu rasa gusar untuk menyampaikan berita mereka selagi mereka berpegang kepada proxy dan bukannya menggunakan email TMNet. Kepada mereka yang masih tercari-cari proxy tersebut, sila dapatkan dibeberapa alamat seperti berikut iaitu

http://www.email.com

http://www.hotmail.com

http://www.mailcity.com

http://www.angelfire.com

http://www.hotbot.com

http://www.lycos.com

 

Daftar sebagai ahli (members) dan anda juga tidak perlu memberikan data pengenalan peribadi dengan tepat dan benar. Sampaikan segala maklumat anda itu terus melalui kepada jembalang@email.com

MINDA RAKYAT