AJK Pemuda UMNO Perak Gadai Isteri?

Sudah menjadi perbualan ramai dikalangan ahli politik dan juga bukan ahli parti bahawa terdapat segelintir daripada AJK Pemuda UMNO Perak menggadai isteri masing-masing sebagai penebus hutang!

Kisah bermula apabila AJK Pemuda UMNO ini selalu meminta syarikat gergasi di negeri ini memenuhi 'Politic Fund' mereka. Ini memang kerja biasa orang UMNO. Apabila kegawatan ekonomi berlaku pertengahan tahun lalu, mereka gagal untuk memberikan projek-projek tertentu sebagai balasan kepada imbuhan yang diambil. Akibatnya taukeh-taukeh tersebut naik angin dan mengugut akan memalukan UMNO dan AJK yang terbabit. Maka dengan tiada jalan lain, maka AJK-AJK ini sekarang sudah memberikan kelonggaran kepada isteri masing-masing, tak kira isteri yang tua atau muda, supaya dibenarkan memenuhi pelawaan taukeh kemana sahaja tanpa ada sekatan dan iringan body guard. Ini bukan fitnah semata-mata dan nama-nama mereka ada dalam pengetahuan pihak tertentu dan ini mungkin jadi satu isu hangat yang bakal diperbahaskan semasa pilihanraya yang akan datang.

Pengakuan ini adalah daripada seorang bekas kakitangan UMNO yang meletakkan jawatan kerana pergeseran dengan Tan Sri Ramli sedikit masa lalu.

Jembalang