API FITNAH BERMULA DALAM BUDAYA UMNO: SIRI 3
UMNO melindungkan segala perilaku buruknya dengan menudingkan jari ke tubuh orang lain. Setelah melakukan fitnah yang maha besar ke atas pemimpin masa depannya sendiri, DSAI dengan tuduhan fitnah meliwat serta penyalahgunaan kuasa, UMNO berkerja keras membersihkan namanya dengan mengalihkan perhatian rakyat kepada isu fitnah memfitnah.
Malangnya rakyat yang disangka bodoh dan disogokkan dengan isu ini, tidak melayan langsung tuduhan melulu tersebut. Disamping mempunyai malafide tersendiri, UMNO terus membuktikan kepada rakyat hari ini bahawa parti itu dan pemimpinnya tidak relevan lagi untuk terus memerintah, mahupun memenangi hati rakyat.
Minda Rakyat terus menerima sokongan dan galakan agar terus berjuang mendedahkan penyelewengan hak rakyat yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan mereka. Walau pun tindakan itu memerlukan sikap hati-hati dan pengorbanan masa namun jihad ini akan diteruskan selagi segala kezaliman belum musnah dan keadilan belum ditegakkan.
Kepada rakyat Malaysia yang terus mengikuti perkembangan melalui laman web Minda Rakyat, teruskan perjuangan saudara, usah gentar kepada ugutan, jangan alah kepada provokasi, nasib anda di masa depan ditentukan oleh tangan anda hari ini. Undilah PAS, DAP dan Parti Pembangkang yang lain. Tumbangkan UMNO. Tumbangkan Mahathir dan kuncu-kuncunya. REFORMASI!!!!
MINDA RAKYAT