Budaya Fitnah Lahir Dalam UMNO: Siri 4

Kelancangan Mahathir mengutuk PAS sewaktu berkempen di Alor Setar semalam seolah-olah beliau telah pernah masuk PAS dan kecewa dengan kepimpinan parti itu. Isu dua imam, perpecahan perpaduan, fitnah memfitnah, adalah propaganda lama yang akan diulang-ulang pada setiap kali pilihanraya menjelang. Mahathir patut berubah (reformasi). Ucapan beliau sepatutnya membentangkan idea bernas bagaimana nak membantu rakyat menghadapi kegawatan ekonomi bukannya masih ditakuk lama.

Jelas kepada kita semua bahawa perbuatan memfitnah dan mengadu domba datangnya dari UMNO sendiri. Malahan ia cukup sebati dengan budaya UMNO. Minda Rakyat dimaklumkan bahawa, dalam kempen Ustaz Fadzil Md Noor semalam, tiada satu kata keji memfitnah dilemparkan ke atas Perdana Menteri itu, melainkan pendedahan penyelewengan seperti penyalahgunaan wang rakyat bagi projek membazir yang tidak diperlukan sekarang. Kegagalan dasar-dasar yang diamalkan oleh Perdana Menteri itu selama ini menjadi agenda utama percakapan beliau, tetapi bukan menyerang keperibadiannya dan tuduhan melulu terhadap UMNO.

Jelas membuktikan kepada kita sekali lagi bahawa budaya fitnah memfitnah adalah serasi dengan budaya UMNO dan percakapan PM semalam adalah provokasi terhadap PAS semata-mata. Minda Rakyat membantah perbuatan PM itu. Dimanakah keadilan, jika bebas melakukan apa saja, orang lain semuanya tak boleh?

MINDA RAKYAT