PANDUAN KETIKA MENGAMBIL VITAMIN

                           

  

CARA DAN BILA UBAT DIGUNAKAN

Vitamin ini diambil seperti yang diarahkan oleh doktor / ahli farmasi.
Label vitamin harus dibaca dengan teliti sebelum memakan vitamin.

Jangan mengambil dos yang melebihi seperti yang diarahkan kerana dos yang tinggi  adalah merbahaya dan  tidak boleh diambil sewenang-wenangnya dan label harus diikuti dengan betul.

Produk harus dimakan bersama makanan jika ia menyebabkan gangguan pada perut.

Sediaan cecair boleh dicampur dengan makanan.

Tablet yang mempunyai salutan khas mestilah ditelan tanpa dipecahkan.

 

JIKA ANDA TERLUPA MAKAN UBAT

Ambil vitamin sebaik sahaja teringat. Jika sudah hampir waktu dos akan datang,      tinggalkan dos terlupa itu dan mulakan dos seterusnya mengikut jadual biasa.

 

CARA MENYIMPAN UBAT

Simpan didalam bekas kedap udara, ditempat kering. Jauh dari cahaya matahari dan kanak-kanak.
Jangan simpan vitamin yang berlainan dalam satu bekas.
Jangan simpan vitamin yang telah melampaui tarikh luput atau berubah warna.

 

PERHATIAN-PERHATIAN LAIN

Beritahu doktor jika : Anda ada masalah alahan kepada vitamin dan bahan-bahan lain seperti pengawet, makanan. Anda sedang makan ubat-ubat lain.Anda sedang mengalami masalah kesihatan yang lain.

 

Anda tidak seharusnya menjalankan rawatan sendiri jika mensyaki kekurangan. Vitamin ini hanya boleh diambil jika anda tidak mendapat bekalan yang mencukupi dari makanan anda atau peningkatan keperluan vitamin.

 

Bagi nutrisi yang betul, semua jenis makanan harus dimakan dan vitamin tambahan bukan pengganti diet yang seimbang. 

 

Vitamin kanak-kanak bukannya gula-gula dan kanak-kanak harus dijaga menggunanya dengan betul.

 

Ada sesetengah vitamin mungkin menyebabkan kesan sampingan seperti muka kemerahan dan air kencing berwarna kuning. Ia akan reda dan hilang dengan sendirinya bila pengambilan diteruskan.