PENGENALAN

                    Makanan berkhasiat memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan diri. Ramai percaya bahawa makan makanan seimbang akan memberikan semua vitamin dan mineral yang diperlukan bagi kesihatan yang baik.

Malangnya, ini tidak benar kerana banyak nutrien telah dihilangkan sebelum ia dapat diserap ke dalam tubuh kita. Itulah sebabnya kita memerlukan makanan tambahan.

Hari ini kesihatan yang lebih baik boleh diperolehi melalui vitamin dan makanan tambahan berkualiti yang dirumus khas untuk semua orang pada setiap peringkat usia dan apa jenis pekerjaan sekali pun.

 

 

Apa itu vitamin ?

 

    adalah sebatian organik yang poten yang diperlukan dalam kuantiti yang amat sedikit untuk fungsi badan yang spesefik.

    tidak dapat dihasilkan oleh badan ( kecuali Vitamin D ).

    haruslah dibekalkan oleh makanan atau supplemen ( bahan tambahan )

    membantu mengawalatur metabolisme, menukar lemak dan karbohidrat kepada tenaga serta membantu pembentukan tulang dan tisu.

    dikelaskan dalam vitamin larut air dan vitamin larut minyak

 

 

SOALAN-SOALAN YANG DAPAT MEMBANTU PENILAIAN STATUS VITAMIN.

 

   Mengapa anda rasakan anda perlukan supplemen vitamin ?

   Apakah simptom dan adakah berlaku secara mendadak atau perlahan ?

  Berapakah umur dan berat badan anda ?

  Adakah anda makan daging, sayuran, produk bijirin ( nasi ) setiap hari ?

Adakah anda menderma darah dan kekerapannya ?