SELAMAT DATANG KE WEBSITE JOHAN JOHARI
TazKiRaH
LaMan UTaMa
BiOdAtA
PeNdiDiKaN
COnTacTs
aLbuM
MeMori
TaZkiRah
ciNtA
X-TrA
LiNkS

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

3 jenis LELAKI

"Ada tiga jenis lelaki:lelaki sempurna, lelaki bersifat separuh lelaki dan lelaki tidak bersifat lelaki.

LELAKI SEMPURNA ialah lelaki yang disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya. Apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia sentiasa meminta pandangan daripada orang2 yang mempunyai pandangan memyebabkan dia sentiasa membuat keputusan yang tepat.

LELAKI BERSIFAT SEPARUH LELAKI pula ialah lelaki yang tidak disempurnakan oleh Allah agaama dan akalnya, apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan, dia tidak meminta pandangan daripada sesiapa pun. Sebaliknya dia berkata; 'Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian,' menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang salah.

Adapun LELAKI TIDAK BERSIFAT LELAKI pula ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal fikiran sedikit pun menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap.

Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa sahaja tentang sesuatu perkara walaupun daripada pembantuku."

- Amru al-As.

Cantiknya WANITA

This one's for the ladies.........

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang
baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus
miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana
cinta itu ada."