Penguasaan kemahiran merancang rancangan kerja berdasarkan;
Guru pelatih haruslah terlebih dahulu membaca dan mentafsir aspek-aspek penting dalam sukatan pelajaran. Antaranya adalah;
- Unit-unit pembelajaran
- Objektif-objektif pengajaran
- Kemahiran-kemahiran yang ingin dicapai
- Strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran yang bersesuaian
- Sumber serta bahan pengajaran
Komponen-komponen Persediaan Mengajar
PERSEDIAAN - butir-butir am
- pengetahuan lepas
- kemahiran
- objektif pelajaran
- penggabungjalinan
- sumber pengajaran pembelajaran
- penerapan nilsi
PENYAMPAIAN – Set Induksi - Perkembangan – isi pelajaran
- kemahiran
- strategi pengajaran
- pembelajaran
- penerapan nilai
- penggunaan sumber
PENUTUP - cara penutup
- aktiviti susulan
- penilaian objektif
- rumusan / kesimpulan
- pengubahsuaian
NOTA TAMBAHAN
5.1 Penyediaan Rancangan Kerja
Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan Bantu mengajar agar pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan
5.2 Pentafsiran Sukatan Pelajaran
1.Sukatan pelajaran merujuk kepada satu dokumen yang mengandungi susunan topik-topik yang disediakan untuk sesuatu matapelajaran. Ia mempunyai objektif pengajaran pembelajaran yang tersendiri
2. Sukatan pelajaran disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK). Dalam sukatan pelajaran, diperuntukkan kandungan ilmu pengetahuan serta kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai dan dikuasai bagi setiap matapelajaran.
3. Sukatan pelajaran akan menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam tahap satu dan dua.
4. Berdasarkan sukatan pelajaran dan buku panduan khas, seorang guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang optimum
5.3 Penyediaan Rancangan Kerja
1.Rancangan kerja merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam sukatan pelajaran yang disusun untuk setahun
2.Rancangan kerja disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula
3. Kepentingan Rancangan kerja ialah ia membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan teratur
4. Format rancangan kerja tahunan adalah seperti dalam jadual berikut:
Semester |
Minggu |
Tajuk |
Kemahiran |
Penerapan Nilai |
|
|
|
|
|
5. Rancangan kerja semester pula dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang perlu dikuasai untuk satu semester.
6. Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu minggu
7. Format rancangan kerja mingguan adalah seperti berikut:
Minggu |
Kemahiran |
Isipelajaran |
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran |
Bahan Bantu Mengajar |
|
|
|
|
|
8. Rancangan Kerja Harian
Rancangan Kerja Harian ini merupakan rancangan kerja minggguan yang dibahagikan secara terperinci mengikut harian
9. Ia akan mengandungi butiran seperti berikut:
a) kemahiran yang hendak dikuasai
b) catatan isi pelajaran
c) aktiviti pengajaran dan pembelajaran
d) alat/bahan/catatan
10. Jadual format rancangan kerja harian adalah seperti berikut:
Hari |
Kemahiran |
Isi pelajaran |
Aktiviti pengajaran-pembelajaran |
Alat/bahan |
|
|
|
|
|
5.4 Penyedian Rancangan Mengajar
1.Persediaan rancangan mengajar merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah. Ia terdiri daripada:
a) Butiran am
b) Tajuk pelajaran
c) Objektif
d) Kemahiran
e) Bahan bantu mengajar
f) Pengetahuan sedia ada
g) Penerapan ilmu
h) Penerapan nilai
i) Set induksi
j) Teknik Mengajar
k) Langkah perkembangan
l) Penutup
m) Tindakan susulan
5.5 Cadangan Aktiviti Pakej Sekolah Bestari
Anda boleh merujuk kepada pautan tersebut untuk melihat dengan lebih lanjut rancangan aktiviti pembelajaran sekolah bestari
http://modulbestari.tripod.com/links.htm
Anda juga boleh rujuk kepada link ini untuk topik keenam iaitu: Perancangan Penyampaian Pengajaran