KLIK DI SINI UNTUK BALIK KE LAMAN UTAMA

                            Pengertian Pengajaran

 

Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran

 

 

                          Ciri-ciri pengajaran

 

Pengajaran melibatkan kegiatan tertentu:

          Merancang

Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran

Memilih strategi pengajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Menilai dalam satu-satu pengajaran

 

 

                                Pembelajaran

 

Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan

  

Perkaitan antara pengajaran dan pembelajaran yang diteguhkan

 

 

Pengajaran yang berkesan berlaku jika pelajar menguasai dengan sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru

 

 

                               Konsep Pengajaran

  

 

Pengajaran merupakan satu proses penyampaian ilmu pengetahuan

 

Pengajaran berkesan------ Merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar

 

Pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna

 

Pengajaran merupakan aktiviti intelek

 

Ia melibatkan pemikiran,perasaan, dan penilaian

 

Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka

 

Terdapat dua jenis pengajaran  iaitu pengajaran terkini dan tradisional

 

Dalam pengajaran terkini, terdapat  pengajaran  yang memusatkan kepada murid

 

Dalam pengajaran tradisional, pengajaran memusatkan kepada guru

 

KLIK DI SINI UNTUK BALIK KE LAMAN UTAMA