.::. Juruteknik Sistem Komputer .::.

Designed by joker_ss@linuxmail.org
 

Nota - Nota

 
Menu
Berita Terkini
Nota - nota
Staf - staf
Soalan dan Jawapan Contoh
 

 

 

 

 

 

 

KOMPONEN-KOMPONEN  PC

     Komputer merupakan mesin yang boleh diprogramkan untuk memasukkan data (INPUT) yang kemudiannya diproses (PROSES) menjadi maklumat yang berguna.  Maklumat yang telah siap diproses kemudiannya dikeluarkan (OUTPUT) semula sama ada dalam bentuk paparan, cetakan, dan sebagainya.  Maklumat itu juga boleh disimpan (STORAN) untuk digunakan, dieditkan pada masa akan datang. Pelaksanaan proses ini dinamakan Kitaran IPOS.  Umumnya proses ini saling berinteraksi di antara satu sama lain semasa komputer berfungsi dan ianya memerlukan perkakasan dan juga perisian bagi membolehkan ianya beroperasi dengan lancar dan sempurna. Bahagian komputer mengandungi empat blok .  Blok-blok ini saling berhubung kait semasa komputer berfungsi.  Blok-blok itu adalah seperti berikut

  • Unit Input – Dimana pengguna dapat memasukkan maklumat ke dalam komputer.  Maklumat itu boleh berbentuk teks, data, grafik, imej, bunyi.

  • Unit Output – Dimana maklumat  dikeluarkan atau dibaca daripada komputer

  • Unit Pemprosesan Pusat (CPU) – Dimana data diproses

  • Unit Ingatan atau Simpanan –Dimana data atau program disimpan

      Umumnya juga, PC mengandungi kompenan-kompenan utama seperti berikut :

  • Unit Input (Papan kekunci/Tetikus)

  • Unit Output (Skrin paparan/pencetak)

  • Unit Sistem (unit pemprosesan pusat)

  • Unit Storan (Cakera Keras/Cakera Liut )

 

KONSEP ASAS KOMPUTER

Secara teknikal komputer sebagai alat pengiraan. Tetapi komputer berbeza dengan alat lain kerana ia boleh diaturcarakan. Maksud aturcaraalah satu set arahan logik yang tersusun untuk mengarahkan komputer melaksanakan sasuatu tugas. Oleh itu, Komputer bolehlah dimaksudkan sebagai satu alat eletronik yang mendapat menerima satu set aturcara yang dibina untuk melaksanakan sesuatu tugas. Ia dapat menerima dan menyimpan data dan memproses data yang disimpan mengkut arahan tertentu dan seterusnya menghasikan output kepada pengguna

Terdapat 2 jenis komputer

  • Komputer untuk kegunaan tertentu sahaja, seperti jam digital, yang mana arahan tidak boleh diubah.

  • Komputer untuk kegunaan umum yang mana lebih fleksible berupaya menyimpan dan melaksana arahan-arahan yang berbeza mengikut pengguna

Komputer untuk kegunaan umum biasanya terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk serta mempunyai keupayaan berbezaseperti keupayaan ingatan, menyimpan data, kelajuan memproses data , kos penggunaan. Komputer boleh di kelaskan seperti berikut

  • mikrokomputer seperti laptop, notebook, desktop

  • minikomputer

  • kerangka utama

  • super komputer

Mod Komputer  biasanya bergantung kepada keupayaan dan jumlah pengguna yang boleh disokong serentak

  • Komputer peribadi untuk kegunaan peribadi dan biasanya kekuatannya bergantung kepada masing-masing
  • Komputer Pusat. Pelbagai aturcara dan berkongsi masa.Sebuah komputer yang besar boleh dicapai oleh ramai penggunapada satu-satu masa

 

Memo

Penggunaan jadual baru akan berkuat kuasa mulai 6 Mac 2003. Sila rujuk pensyarah anda untuk maklumat lanjut.

Setiap pelajar diwajibkan berpakaian kemas ketika berada dalam kawasan kolej. Jawatankuasa disiplin akan mengambil tindakan keatas pelajar yang mengingkari arahan yang ditetapkan.
Pelajar tidak dibenarkan berada dalam makmal tanpa pemantauan daripada pensyarah ataupun pembantu pensyarah.

 

 

Best viewed in 1024x768 with   Internet Explorer 6+  Copyright © 2oo1-2oo2 . Webmaster inforana . All rights reserved .