PERMAKANAN DAN HAEMODIALISIS

 

Pengenalan

 

Buah pinggang adalah salah satu daripada organ yang penting di dalam tubuh kita. Buah Pinggang mempunyai berbagai fungsi, salah satu fungsinya ialah untuk mengeluarkan bahan buangan dihasilkan oleh tubuh kita daripada makanan yang kita makan. Sesetengah makanan menghasilkan lebih banyak bahan buangan berbanding dengan makanan yang lain.

 

Ketidakseimbangan disebabkan oleh bahan buangan ini akan menggangu fungsi tubuh. Pesakit yang menjalani haemodialisis bergantung kepada cara rawatan ini untuk mengeluarkan bahan buangan yang berlebihan, seterusnya memberikan keseimbangan kepada tubuh mereka. Walaupun haemodialisis direka untuk menggantikan fungsi buah pinggang, tetapi terdapat juga makanan yang perlu dielakkan.

 

Walaubagaimanapun, adalah penting bagi pesakit untuk makan dengan sempurna dan betul untuk mencapai serta mengekalkan berat badan yang sesuai dan untuk menjamin kesihatan yang baik.

 

 

Objektif penjagaan makanan

Zat Makanan

  1. untuk mengelakkan pengumpulan bahan buangan beracun yang berlebihan
  2. untuk mencapai/mengekalkan berat badan yang sesuai
  3. untuk mencapai/mengekalkan paras haemoglobin(HB) yang sesuai
  4. Untuk mengawal menghindarkan tekanan darah tinggi
  5. Untuk menghindarkan denyutan jantung yang tidak teratur
  6. Untuk mengelakkan penyakit tulang
  7. Untuk mengelakkan pengumpulan air

Protien

 

Karbohidrat dan lemak

Protien

 

Sodium

Potassium

Fosfat

Air Dan Natrium

 

 

 

 

 

 

 

 

BERIKUT ADALAH PANDUAN YANG BERGUNA UNTUK ANDA MEMILIH MAKANAN SECARA BIJAK

 

 

JENIS MAKANAN

 

  1. BIJIRIN/HASIL BIJIRIN/UBI
  1. Nasi, mee, meehoon, kuehteow, spaghenti,makaroni,sohoon dan lain-lain
  2. Fungsi

    Sumber karbohidrat - memberi tenaga

    Kompleks - meningkatkan berat badan

    Komen/Amaran

    Mengandungi lain-lain zat yang penting

    Saranan (sila rujuk Doktor/ Dietitian untuk jumlah sebenar

    Makan 3 – 4 kali sehari

  3. Roti, rotijala, roti canai, capati, tosei dan lain-lain
  4. Fungsi

    Sumber karbohidrat - memberi tenaga

    Kompleks - meningkatkan berat badan

    Komen/amaran

    Mangandungi lain-lain zat makanan yang penting

    Saranan

    Jumlah yang boleh dimakan setiap kali 1 ½ - 2 hidangan

  5. Sagu, jagong, ubi kayu, semua jenis tepung
  6. bijirin sarapan misalnya oats, comflakes, emping, beras (rice bubbles)

 

 

Fungsi

 

Sumber karbohidrat - memberi tenaga

Kompleks - meningkatkan berat badan

 

 

Komen/amaran

 

Mengandungi lain-lain zat yang penting

 

 

Saranan

 

Saiz satu (1) hidangan = 2 keping roti

Atau 1 cawan nasi

  1. cawan mee, meehoon, kuehteow
  1. keping capati
  1. mangkuk kanji pekat

Catitan : makan lebih makanan di dalam kumpulan ini untuk meningkatkan berat badan.

 

  1. ubi misalnya ubi kentang, ubi keledek, sengkuang
  2. fungsi

    sumber karbohidrat - memberikan tenaga

    kompleks - meningkatkan berat badan

    komen/amaran

    tinggi potasium

    saranan

    hanya sedikit dibenarkan, seekali sekala ( jika teringin ).

    Mestilah dikupas kulit, direndam dan direbus sebelum dimasak dengan apa cara sekalipun.

     

  3. Gula-gula, kuih muih
  4. Fungsi

    Sumber karbohidrat - memberikan tenaga

    Ringkas - meningkatkan berat badan

    Komen/amaran

    Kurang zat-zat yang penting

    Saranan

    Boleh diambil sebagai makanan ringan dalam jumlah yang sedikit. Jumlah yang banyak mengurangkan selera makan bagi hidangan berikutnya.

     

  5. kek, biskut, pastri

 

 

fungsi

sumber karbohidrat - memberi tenaga

ringkas - meningkat berat badan

 

 

komen/amaran

mungkin mengandungi sedikit lemak dan protien

 

 

saranan

 

Boleh diambil sebagai makanan ringan dalam jumlah yang sedikit. Jumlah yang banyak mengurangkan selera makan bagi hidangan berikutnya.

 

 

 

  1. MAKANAN BERPROTEIN

 

  1. Telur

 

 

Fungsi

Sumber protien yang bermutu tinggi - menambah jisim tubuh tanpa lemak ( lean

(Menghasilkan kurang bahan buangan) Body mass)

 

 

komen/amaran

 

telur merah mengandungi kolestrol, oleh itu hadkan pengambilan kepada 3 biji/minggu.

 

  1. Daging misalnya daging lembu, kambing, babi, arnab

 

 

Fungsi

Sumber protien yang bermutu tinggi - menambahkan jisim tubuh tanpa lemak

(menghasilkan kurang bahan buangan) (lean body mass)

 

 

 

 

komen/amaran

membekalkan zat besi

lemak dan kulit mestilah dibuang

 

 

  1. Ayam, itik, angsa

 

 

Fungsi

Sumber protien bermutu tinggi - menambahkan jisim tubuh tanpa lemak

(menghasilkan kurang bahan buangan) (lean body mass)

 

 

 

Komen/amaran

Pengambilan fosfat meningkat sekiranya diambil bersama tulang

 

 

  1. Organ dalaman misalnya hati, otak, buah pinggang, jantung, perut dan lain-lain

 

 

Fungsi

Sumber protien bermutu tinggi - menambahkan jisim tubuh tanpa lemak

(menghasilkan kurang bahan buangan) (lean body mass)

 

 

Komen/amaran

Sumber yang tinggi :-

 

 

  1. Makanan laut misalnya ikan, udang, sotong dan lain-lain

 

 

Fungsi

Sumber protien bermutu tinggi - menambahkan jisim tubuh tanpa lemak

(menghasilkan kurang bahan buangan) (lean body mass)

 

Komen/amaran

 

 

Saranan (sila rujuk doktor/dietitian untuk jumlah sebenar

 

 

Nota : Bahagikan jumlah protien yang dibenarkan sepanjang hari

 

Ambil makanan berprotien bersama-sama dengan makanan berkarbohidrat.

 

Seboleh-bolehnya cuba elakkan memakan makanan organ dalaman.

 

  1. Susu, yoghurt, keju, susu tinggi kalsium, susu skim.

 

 

 

Fungsi

Sumber protien bermutu tinggi - menambahkan jisim tubuh tanpa lemak

(menghasilkan kurang bahan buangan) (lean body mass)

 

 

Komen/amaran

Sumber yang tinggi kalsium dan fosfat

 

 

Saranan (sila rujuk doktor/dietitian untuk jumlah sebenar

 

Kurangkan pengambilan sekiranya kandungan fosfat didalam darah adalah tinggi.

 

  1. kekacang dan kacang misalnya kacang tanah, gajus, kacang pis hijau (kering), dhal
  2. fungsi

    sumber protien yang berkualiti rendah - kurang berkesan keatas fungsi seperti

    (menghasilkan banyak buangan) yang disenaraikan diatas.

    Komen/amaran

    Sumber yang tinggi fosfat

    Saranan

    Elakan sebagai makanan ringan tetapi boleh digunakan sebagai pengganti protien haiwan ( sekali sekala)

  3. Tawkua, tawfoo, fucuk, protien sayur-sayuran bertekstur/terperoses

 

 

fungsi

sumber protien yang berkualiti rendah - kurang berkesan keatas fungsi seperti

(menghasilkan banyak buangan) yang disenaraikan diatas.

 

 

Komen/amaran

 

Sumber kalsium dan fosfat

 

 

Saranan

 

Boleh digunakan sebagai pengganti protien haiwan (sekali sekala) untuk mempelbagaikan menu

 

 

  1. LEMAK DAN MINYAK

 

  1. Lemak haiwan misalnya minyak sapi, lemak babi, lemak ayam, mentega dan lain-lain
  2. Minyak kelapa, santan
  3. Margerin
  4. Minyak sayuran misalnya minyak kelapa sawit, minyak kacang, minyak jagung, minyak kacang soya, minyak bijan

 

 

 

 

Fungsi

Sumber yang banyak memberikan tenaga - menggalakkan penambahan berat badan

Sumber vitamin larut lemak

Sumber asid lemak perlu

 

 

 

Komen/amaran

Lemak haiwan, mentega, minyak kelapa dan santan mempengaruhi kolestrol dalam darah.

Vitamin larut lemak dan asid lemak perlu adalah penting untuk kesihatan

 

 

Saranan

 

Elakkan lemak yang boleh dijadikan sumber kolestrol selepas dimakan.

Pilih magerin jenis lembut

Gunakan jumlah 1 ½ - 2 sudu besar minyak sayuran atau megerin untuk masakan atau untuk disapukan pada roti setiap hari.

 

 

  1. SAYUR-SAYURAN
  2. Semua jenis sayur-sayuran

    Fungsi

    Sumber serat - membantu pergerakan usus yang baik

    Sumber vitamin dan mineral - menyelaras proses didalam tubuh dan

    Membekalkan bahan untuk membina tisi tubuh.

    Komen/amaran

    Semua sayur-sayuran mengandungi potassium

    Sayur-sayuran berdaun hijau mengandungi lebih potassium berbanding dengan sayur-sayuran jenis lain

    Potassium larut didalam air

    Saranan

    Makan 2 –3 kali sehari

    Jumlah yang perlu diambil ialah ½ cawan (masak) setiap kali

    Sayur-sayuran perlulah dibasuh, dipotong kecil dan direndam didalam air sebelum dimasak, air rendaman perlulah ditukar beberapa kali untuk mengeluarkan potassium

    Celur sayur-sayuran, dan buangkan air celuran sebelum sayur-sayuran dimasak.

    Elakan pengambilan sayuran mentah

  3. BUAH-BUAHAN
  4. Semua jenis buah-buahan

    Fungsi

    Sumber serat - membantu pergerakan usus yang baik

    Sumber vitamin dan mineral - menyelaras proses didalam tubuh dan

    Membekalkan

    Komen/amaran

    Semua buah-buahan mengandungi potassium

    Buah-buahan didalam tin kurang mengandungi kurang potassium berbanding dengan buah segar.

    Buah-buahan kering mengandungi potassium dalam jumlah yang banyak

    Saranan

    Makan 1 – 2 kali sehari

    Jumlah yang bolih dimakan setiap kali ialah lebih kurang 100 – 120 gram

    Semua buah perlulah dikupas kulit, dibuang biji dan direndam sekiranya boleh.

    Buah-buah didalam tin perlulah dibuang airnya sebelum dimakan

    Elakkan buah-buahan kering.

  5. HERBA, PERISA DAN REMPAH RATUS
  6. Semua jenis misalnya bawang besar, bawang putih, halia serai dan lain-lain

    Daun sederi, parsley, serbuk kari

    Fungsi

    Menambah perisa kepada makanan

    Menaikkan selera

    Komen/amaran

    Sumber potassium

    Saranan

    Gunakan dalam jumlah yang sederhana

     

    G. GARAM DAN PERENCAH

    Garam, sos, perencah sup, perencah mee segera, monosodium-glutamate(MSG), kicap

    Fungsi

    Menambahkan rasa makanan

    Komen/amaran

    Sumber yang tinggi sodium

    Saranan

    Penggunaannya tidak digalakkan. Untuk sesetengah pesakit, sekatan yang tepat, ketat adalah diperlukan.

     

  7. CECAIR

 

Air, minuman, ais, mekanan sejuk-beku (frozen desserts), sup, kuah kanji cair,buah-buahan berair

 

 

Fungsi

Menyelaraskan proses didalam tubuh

 

 

Koman/amaran

 

Pengumpulan air boleh meningkatkan tekanan darah tinggi, dan mengakibatkan masaalah jantung yang serius.

 

 

Saranan

Pesakit perlu belajar mengenali punca cecair yang terdapat didalam makanan pejal.

 

Hadkan pengambilan air kepada :

500 ml + Jumlah kencing (urin) (24jam) sehari sebelumnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota

 

Panduan permakanan ini adalah dikhaskan untuk memberi maklumat yang penting berkaitan dengan pengawalan pemakanan dan kepelbagaian makanan yang dapat dimakan oleh pesakit yang menjalani haemodialisis. Sesi kaunseling bersama dietitian adalah perlu untuk mengelakkan bahaya pegambilan makanan yang tidak seimbang untuk jangkamasa yang lama.

 

Perlu diingat bahawa, kesemua pesakit haemodoalisis perlu dinailaikan keperluan pemakanan seharian secara individu. Keperluan pemakanan pesakit adalah bergantung kepada keupayaan buah pinggang, keberkesanan rawatan haemodialisis (ini bergantung kepada jumlah kal dialisis dijadualkan dalam seminggu), kehadiran kesan sampingan (komplikasi) lain yang berkaitan dengan perubatan dan status berat badan pada masa tersebut.

 

Nasihat daripada doktor atau dietitian adalah perlu didalam menentukan jumlah sebenar setiap jenis makanan yang boleh dimakan. Jumlah makanan yang dibenarkan bergantung kepada pengambilan protien, potassium, fosfat, sodium dan cecair.

 

Kuantiti makanan yang disenaraikan didalam risalah ini terdiri dari pelbagai kumpulan makanan dan bolehlah dijadikan sebagai garis panduan secara kasar sahaja.

 

 Back to top