ASas
BERITA SEMASA

10 November 1999 Gagasan Mahasiswa Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) yakin akan diberikan mandat oleh mahasiswa Univerisiti Malaya kerana  kerana telah berjaya memenangi 19 kerusi di sepuluh buah fakutlti tanpa bertanding daripada 30 kerusi yang dipertandingkan. Ini berikutan tidak ada calon daripada pihak lawan yang bertanding bagi merebut kerusi tersebut selepas pencalonan ditutup. 

Fakulti-fakulti tersebut ialah tersebut ialah Fakulti Pendidikan, Akademi Pengajian Melayu, Fakult Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Komputer, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Sains, Pusat Sukan, dan Akademi Pengajian Islam.

Namun begitu terdapat pertandingan di lima Fakulti lain yang melibatkan 9 buah kerusi yang dipertandingkan. Fakulti tersebut ialah Fakulti Ekonomi Dan Perakaunan, Fakulti Perniagaan dan Pentadbiran, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Pusat Kebudayaan, dan Fakulti Sastera Dan Sains Sosial.

Terdapat 45 kerusi yang dipertandingkan dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Malaya sesi 1999/2000 iaitu 15 kerusi umum dan 30 bagi kerusi fakulti.

Pihak GMUM telah menghantar 15 orang wakil bagi merebut kerusi diperingkat kampus. Motto yang digunakan oleh GMUM pada sesi ini ialah "Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan".

 

zxcz