[Muka Depan[Pengenalan][Sejarah]

Pengenalan Kelab PENA 
 
  • Kelab PENA atau Kelab Penyokong Nadi (Kumpulan Merah) adalah merupakan satu gabungan suara mahasiswa Islam yang bercita-cita serta bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan gerakan mahasiswa Islam  dinobatkan di persada negara.
  • Kelab PENA  merupakan tulang belakang kepada kejayaan parti nadi di dalam pilihanraya kampus Universiti Malaya yang tercinta ini, dengan meletakan asas-asas kemurnian, keadilan, hak dan kebebasan yang selari dengan Islam sebagai dasar perjuangan.
  • Merupakan sebuah kelab yang menjadi penyokong kepada gerakan mahasiswa yang meletakkan asas-asas kemurnian, keadilan, hak dan kebebasan yang selari dengan Islam sebagai dasar perjuangan
  • Melalui asas-asas tersebut, pimpinan yang seangkatan bersama grassroot yang setia telah membuktikan mereka mampu mencorak perjuangan mahasiswa yang beridealisme, berkarisma, berkesan dan berwawasan.

     

Logo.jpg (150813 bytes)

logokepena_k.jpg (17601 bytes)

Logo Kelab PENA sesi 1999/2000

Logo Kelab PENA sesi 1998/1999

 

Objektif

  • Mengekalkan penguasaan dan kecemerlangan Majlis Pemilihan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 1997/98 dan 1998/99.

  • Menghayati dan bersama-sama menjayakan perjuangan suci Kelab Pena demi survival ummah.

 

Idealisme Perjuangan KELAB PENA

  • Islam adalah cara hidup meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk soal kepimpinan.
  • Mempertahankan hak mahasiswa.
  • Perpaduan tanpa mengira hak dan keturunan.
  • Tumpuan serius kepada kebajikan pelajar tanpa mengira kaum, terutama golongan mahasiswa istimewa.
  • Mempertahankan universiti sebagai pusat perkembangan ilmu yang mendokong nilai-nilai kebenaran dan keadilan sejagat.
  • Aktif dalam menangani isu-isu semasa.
  • Lantang menyuarakan kepincangan masyarakat.
  • Prihatin terhadap masalah negara.
  • Check and Balance kepada politik negara.

 

Siapa yang patut menjadi ahli Kelab PENA?  
 

  •  Anda selaku warga kampus yang berdaftar di Universiti Malaya.

 


Mengapa anda perlu menjadi ahli Kelab PENA?  
 
  • Sebagai bukti sokongan anda terhadap penegasan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan menurut Islam di kampus Universiti Malaya.
  • Menyumbang kepada kemenangan gerakan Islam.
  • Ia menjadi medan untuk meningkatkan kredibiliti anda sebagai mahasiswa yang mempelopori perubahan di dalam masyarakat.

 


Bagaimana cara untuk menjadi ahli dan menyatakan sokongan kepada Kelab PENA? 
 
  • Hadir dalam majlis pelancaran Kelab PENA dan mendaftar sebagai ahli.
  • Menghadiri siri-siri kempen yang dijalankan oleh kumpulan merah.
  • Menerangkan dasar perjuangan kumpulan merah kepada rakan taulan anda.
  • Memangkah calon kumpulan merah.

[Muka Depan[Pengenalan][Sejarah]