[Muka Depan]
KITA DAN KEPIMPINAN

Setiap orang tentunya ingin menikmati kehidupan yang aman dan sejahtera atau kadang-kala disebut sebagai "Konsep Kesejahteraan Sosial". Dalam Islam konsep ini sangat berkait rapat dengan soal kepimpinan. Ini adalah kerana kepimpinanlah yang akanmenentukan keadaan sosial sesebuah masyarakat. Al-Quran menegaskan bahawa sesungguhnya manusia semuanya berada dalam kerugian,sebagaimana firmanNya :

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah al-Ash)

YAASIN.GIF (231538 bytes)      Fadzil.jpg (11400 bytes)

Dua orang tokoh pemimpin yang disegani oleh dunia.

Penegasan al-Quran ini memberi amaran bahawa manusia hendaklah membuat pilihan yang betul dan melakukan sesuatu mengikut kaedah dan cara yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya, yakni berasaskan syariah. Pilihan yang betul menurut al-Quran hanya dapat dicapai dengan iman dan ilmu. Menurut Ibnu Taimiyyah, pentadbiran dan pemerintahan dalam Islam ditegakkan untuk melaksanakan perintah al-Quran; menyeru manusia berbuat kebajikan dan mencegahnya daripada melakukan kejahatan.. Oleh itu, kepimpinan dalam Islam wujud dalam konteks menyuruh yang ma'ruf dan menegah yang munkar ini. Implikasi utama daripada prinsipini, pemimpin harus berani, berilmu dan adil dlam segala tindak-tanduknya.

KONSEP HUDA (PETUNJUK ALLAH)

Islam menegaskan bahawa manusia perlu kepada petunjuk Allah. Jika tidak, dia akan menyeleweng daripada sifat semulajadinya (fitrah) dan akan menjadi pengikut syaitan.

MENCONTOHI NABI DAN RASUL

Dalam Islam,semua Nabi dan Rasul dibentangkan kisahkan didalam al-Quran untuk dijadikan contoh dan ikutan. Kejayaan mereka tidak diukur dari aspek ramainya pengikut, tercapainya matlamat atau banyaknyapembangunan yang dilaksanakan, bahkan ianya dinilai menerusi kegigihan dan keikhlasan serta ketegasan mereka menyampaikan risalah tauhid. Kejayaan mereka diukur dari penunaian amanah sebagai pembawa risalah tauhid, untuk memenuhi tugas sabagai hamba Allah dan khalifahNya dimuka bumi.

TUNTUTAN-TUNTUTAN UTAMA KEPIMPINAN DALAM ISLAM

1. Berlaku Adil .Menegakkan keadilan adalah wajib. Perintah berlaku adil banyak sekali disebutdi dalamal-Quran dengan beberapa pengertian. Antara:

a. Menghukum dengan saksama

b. Meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya.

c. Berada pada jalan yang lurus(Islam).

d. Meberikan sesuatu akan haknya dan mengambil sesuatu yang telah diberikan daripada mereka yang tidak berhak menerimanya.

2. Berilmu

Perbezaan antara haiwan dan manusia ialah manusia itu berilmu, sementara haiwan hanya mempunyai kemahiran tertentu. Ilmu adalah lebih utama daripada kemahiran. Pendidikan yang berasaskan ilmuyang benar serta keimanan mantap akan melahirkan adab. Sebaliknya tanpa ilmu yang benar, tidak akan timbul rasa takut kepada Allah, tidak akan wujud keadilan dan tidak akan terbentuk peribadi yang bertaqwa. Para ulama telah sepakat bahawa syarat utama menjadi pemimpin dalam Islam ialah berilmu dan bersifat adil.

Al-THAGHUT PEMIMPIN PALSU

Al-Quran jua ada menyebutkan wujudnya sejenis mentaliti dan pandangan hidup di kalangan manusia yang berasaskan hawa nafsu danpengaruh syaitanyang dipanggil al-thaghut. Mentaliti thaghut ini digambarkan oleh al-Quran sebagai sifat munafik yang seolah-olah menerima kebenaran dan iman, tetapi masih memakai ukuran dan ajaran-ajaran al-thaghut dalam tindak-tanduknya. Keadaan inilah yang melahirkan pemimpin yang berpura-pura menerima ajaran tauhid, tetapi pada hakikatnya menentang keraspelaksanaan ajaran itu dalam masyarakat. Para pemimpin palsu ini timbul dan berkuasa kerana wujudnya dalam masyarakat konsep ilmu yang keliru yang membawa manusia kepada kehilangan adab. Mereka berusaha supaya kekeliruan dan kehilangan adab itu berkekalan dalm masyarakat supaya mereka dapat terus berkuasa.

Kesimpulanya, seseorang pemimpin perlu melengkapi ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam KalamNya. Andainya kita memilih pemimpin yang adil, maka dia akan memimpin kita dengan penuh keadilan. Sebaliknya, sekiranya pemimpin yang zalim dan tidak menepati ciri-ciri yang ditentukan itu menjadi pilihan kita, maka kezaliman itu akan kembali kepada diri kita sendiri.

Oleh itu, yang mana satu pilihan anda ?. TEPUK DADA TANYA IMAN.

TEGUH MENDOKONG ASPIRASI - MAHASISWA DAN KESEJAHTERAAN SEJAGAT

 

[Muka Depan]