vbcv

DELIMA NAN MERAH 1

Selama satu sesi, bahtera kepimpinan mahasiswa UM dinakhodai oleh Gabungan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) . Tentunya pelbagai suka-duka yang dihadapi dalam memenuhi dan memperjuangkan aspirasi dan kesejahteraan masyarakat kampus dan sejagat.

Walau dipukul badai dan ombak hatta meredah pelbagai jenis onak dan duri, amanah yang terpikul di pundak pimpinan tetap diutamakan di persada teratas walau harta dan diri menjadi galang-gantinya.

Sesungguhnya, pemimpin beginilah yang sewajibnya menjadi teladan, garis panduan dan ‘ the best among the best ‘ dalam pemilihan teraju kepimpinan.

Apabila diselak kembali tirai haluansiswa, CABAI berlapang dada melihatkan suasana orientasi mahasiswa baru sesi ini yang berkonsepkan ‘ Mesra Pelajar ‘ . Pendekatan yang lebih kemahasiswaan dan penuh budaya intelektual, sekaligus meng ‘ghaib ‘ kan adegan kebudak-budakkan atau ‘ kebayi-bayian ‘dan budaya kuning seperti ‘ragging ‘ , ‘ asabiyyah ‘ dan semangat kekolejan yang tidak berasas dan tak tentu hala ( sehingga mencetuskan pergaduhan ) dari agenda MHS yang selama ini berakar umbi dalam pembudayaan tindakan dan pemikiran setiap yang bergelar ‘ freshies’ cukup menenangkan.

Ditambah lagi dengan sambutan senyuman manis yang sentiasa mekar di wajah Pembantu Mahasiswa terlatih yang sentiasa menitikberatkan kebajikan mahasiswa baru dan menjadi pembimbing @ kaunselor kepada ‘ freshie-freshie’ , menyerlahkan nilai kematangan kepimpinan mahasiswa sesi ini.

CABAI sorot pula tentang permasalahan Kerinchi Link iaitu projek pembinaan lebuhraya merentasi kampus Universiti Malaya atas alasan untuk mengatasi kesesakan lalu – lintas sekitar ibu negara yang semakin serius . Kesannya, mahasiswa mengadakan demo membantah projek tersebut dan juga mendesak Menteri Telekom dan Kerjaraya , Dato’ S. Samy Vellu dan PM meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pembangunan tanpa membebankan rakyat . Apabila reaksi kerajaan negatif, MPMUM sesi 98/99 telah menghantar satu memorandum kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kerja Raya untuk mencari penyelesaian berhubung kes ini yang disifatkan hanya mengaut keuntungan.

Bantahan yang dibuat kerana projek selama 15 bulan ini akan merentas kira-kira 20 meter dari masjid Al-Rahman , bangunan baru fakulti undang-undang dan mengorbankan kawasan penyelidikan hutan UM yang tertua di Malaysia. Akibat bantahan itu, Dato’ S. Samy Vellu telah mengemukakan laluan alternatif untuk dipertimbangkan . Namun, MPMUM sesi ini tidak akur dengan projek ini walaupun laluan alternatif dipersetujui kerana ianya sedikit sebanyak tetap mencemarkan suasana damai perlembahan ilmu ini demi kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.

Bertemu CABAI lagi di episod akan datang.............

" TEGUH BERSATU MEMPERJUANGKAN ASPIRASI MAHASISWA KE ARAH PERUBAHAN

-Cabai ...YESS?-

 

 

xcvxcv