sdszdas

DELIMA NAN MERAH 2

Bertemu CABAI lagi dalam episod...Imbas Kembali Delima Nan Merah.

Tanpa disedari, bulan Rejab dan Syaaban kini berlalu penuh ketenangan. Ramadhan menjelang kembali menyambut umatnya dengan kepasrahan. Alangkah rugi sekiranya hari-hari yang dilalui di bulan yang penuh barakah ini dibiarkan tanpa adanya pengisian dan peningkatan rohani. Oleh kerana itulah MPMUM telah mengambil inisiatif mengadakan Ihya’ Ramadhan sempena Ramadhan al-Mubarak sebagai program yang membuka tirai layar bahtera pelayarannya buat kali pertamanya sesi lalu.

Kemeriahan suasana tika dan saat berbuka puasa amat dirasai, apatah lagi ‘ifthar’ bersama 300 orang tetamu terdiri daripada pegawai-pegawai Universiti, pengetua-pengetua kolej, pimpinan pelajar, mahasiswa istimewa dan ramai lagi. Bukan senang nak menjalinkan ukhuwwah sebegini erat sekali.

Sejuk mata CABAI melihat pimpinan yang memimpin shoff ‘tarawikh’ di kolej-kolej kediaman. Bukan sekadar memimpin shoff malah ‘tidak sah’ kalau tiada tazkirah sampingan. Bila lagi ilmu di dada hendak dicurah di samping beramah mesra dengan ‘rakyat jelata’. CABAI dikhabarkan satu ceramah khas Ramadhan juga telah diprogramkan dan telah menarik ramai hadirin. CABAI sempat juga mengikutinya. Bertuah rasanya hati kerana dapat meningkatkan prestasi keimanan dalam diri.

Program ziarah Ramadhan ini bukan sahaja melambangkan syiar ketinggian Islam di bumi Universiti Perdana ini bahkan menunjukkan ukhuwwah amat dititik beratkan, di samping dapat merapatkan hubungan pentadbir dengan mahasiswa. Siapa lagi yang hendak mengangkat martabat Islam di mata masyarakat, kalau bukan kita... Mahasiswa Islam.

CABAI merasa terpanggil untuk menyaksikan satu ‘konsert’ yang dianjurkan oleh MPMUM dengan kerjasama Kolej Kediaman Kinabalu, UM. Konsert yang berlandaskan ciri-ciri budaya kesenian Islam telah berjaya menarik minat golongan muda yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dengna budaya ‘hedonisme’. Sekurang-kurangnya pihak pimpinan yang menerajui tampuk kepimpinan telah menyediakan alternatif kepada hiburan sedia ada yang mana betul-betul mematikan jiwa. Berteraskan tema "Alternatif hiburan Islam Menjana Masyarakat Madani", konsert ini menyaksikan beberapa artis terkemuka antaranya Raihan, Saujana, Harakat madani dan Zikraa’. Melalui program yang telah diadakan ini membuktikan bahawa keprihatinan pimpinan MPMUM sesi lepas mencari suatu mekanisma yang dapat melenyapkan perkara-perkara yang boleh melalaikan minda dan maksiat berleluasa.

 

dfdf