Sejarah Penubuhan KEPENA

        

          Ramai di kalangan kita masih lagi kabur dan tertanya-tanya tentang persoalan kerjasama politik atau pun tahalluf siyasi yang dibentuk di antara dua buah parti gerakan mahasiswa yang utama di kampus perdana ini iaitu Nadi dan Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB).

          Persoalan 'tahalluf siyasi' ini mungkin merupakan suatu persoalan baru yang dihadapkan ke dalam minda kita semua. Namun pada hakikatnya, persoalan ini ada dicatatkaan di dalam sejarah Islam sebagai suatu dalil bahawa hal inl dibenarkan oleh syariat Islam.

 Merujuk kepada pengertian tahalluf siyasi para ulama menjelaskan bahawa ia merupakan suatu bentuk kerjasama, persefahaman dan perkongsian kuasa di antara kumpulan Islam dengan kumpulan bukan Islam bagi menangani sesuatu perkara untuk mencapai satu matlamat secara bersama. Islam sendiri tidak penah menghalang usaha kerjasama dan perdamaian yang ingin dijalinkan di antara kedua-dua belah pihak ini. Namun begitu, kerjasama yang dilakukan ini masih lagi dalam lingkungan dan syarat yang tertentu yang ditetapkan oleh Islam. Perlu dijelaskan bahawa kerjasama politik ini mestilah tidak menggadai dan.melanggar prinsip Islam hingga menghalang penyampaian dakwah Islam. Kerjasama ini juga mestilah tidak menjejaskan hak berkuasa dan matlamat kumpulan Islam tersebut bahkan hasil kerjasama yang dibentuk ini dapat memberikan keuntungan kepada kumpulan Islam itu dan bukan melemahkannya. Allah s.w.t. berfirman di dalam Surah al-Anfal ayat 61 yang bermaksud :

 Dan jika mereka condong kepada perdamaian maka condonglah kamu kepadanya dan bertawakkallah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

 Menyoroti kembali sirah Rasulullah SAW, di sana kita akan dapati bahawa amalan tahalluf siyasi ini mendapat pengiktirafan daripada Rasulullah SAW. Di dalam buku Fiqh Harakah (Jilid 1 halaman 53) dicatatkan bahawa semasa baginda belum dilantik menjadi rasul, baginda telah menghadiri suatu perjanjian yang dinamakan Perjanjian al­-Fudhul yang dibuat atas dasar untuk memerangi kezaliman dan menegakkan keadilan. Perjanjian ini dibuat di antara kabilah-kabilah Quraisy yang terdapat di Mekah yang bertujuan untuk memberi pertolongan kepada orang-­orang yang dizalimi di Mekah. Hal ini timbul apabila terdapat beberapa orang peniaga luar yang telah dianiayai oleh peniaga-peniaga Mekah yang enggan membayar hutang kepada mereka. Rasulullah menyatakan sekiranya peristiwa ini berlaku selepas baginda dilantik menjadi rasul, baginda tetap menyokong perjanjian yang dibuat itu walaupun mereka bukannya orang Islam.

          Kita juga boleh melihat di dalam Piagam Madinah, Rasulullah SAW. telah membuat satu perjanjian dengan orang-orang Yahudi bagi menentukan kedudukan mereka di dalam negara Madinah. Dinyatakan bahawa Rasulullah SAW. telah meletakkan polisi dan syarat kepada orang-orang bukan Islam ini. Di antaranya ialah menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab melindungi negara Madinah sekiranya diserang oleh musuh luar.    

                                                                                                                                                       »»

                                                                               

"Teguh Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa Ke Arah Perubahan"

YESS.jpg (8554 bytes)

SEKRETARIAT: GAGASAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA  Tingkat 2, Perdana G, Kompleks Perdanasiswa, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur

mailbox.gif (9817 bytes)

kelabpena@hotmail.com webmaster:zliey@hotmail.com


kepena20's chat room
Selamat Datang ke kepena20's chat room

line.gif (4535 bytes)