sdszdas

SOROTAN PILIHANRAYA SESI LALU (1996-1999)

SESI 1996/97

CABAI kembali lagi untuk membawa anda menyoroti serba sedikit detik-detik bersejarah pilihanraya kampus sesi lalu... Jika disoroti kembali sejarah pilihanraya kampus dalam tempoh 3 tahun terdahulu, telah berlaku banyak perkembangan dan perubahan. Bermula sesi 1996/97 nama pilihanraya tidak lagi digunakan bahkan diganti dengan Pemilihan. Hakikatnya terlalu banyak perubahan yang berlaku semasa pemilihan Majlis Pemilihan Pelajar (MPP) sesi itu. Antaranya tidak lagi diperkenalkan ‘sistem parti’ iaitu calon yang bertanding tidak dibenarkan berparti. Sesi ini tiada lagi parti NADI dan Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang bertanding. Namun bahang perjuangan masih lagi bernadi dengan pertembungan dua aliran utama. Antara mereka ada yang menggelarkan diri sebagai ‘Pendokong Aspirasi’ dan ‘Mahasiswa Bersatu’.

Pada tahun tersebut 65.7% berjumlah 8216 daripada mahasiswa UM yang keluar mengundi. Pada pemilihan tersebut, sebanyak 10 kerusi telah dimenangi tanpa bertanding pada hari penamaan calon bertarikh 3 Disember 1996. Antara calon-calon yang memenangi pemilihan MPP sesi 1996/97 ialah:

KAWASAN KAMPUS

1. Mohd Izani Mohd Zain

2. Azman Baharuddin

3. Mohd Izuddin |Selamat

4. Mohammad Nizam Wang

5. Mohd Nizam Saad

6. Haziyah hussin

7. Zainul Azizi Mat Zin

8. Wan Azrin Izani Wan Mohd Zain

9. Suzana Ghazali

10. Mohd Yusra Ahmad

11. Zainal Said

12. Nordi Achie

 

KAWASAN FAKULTI /PUSAT /AKADEMI

Fakulti Kejuruteraan

1. Chua Kai Teong

2. Yeap Teng Khoon

 

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

1. Syahrir Sulaiman

2. Khairil Anuar Jusoh

 

Fakulti Satera dan Sains Sosial

1. Mohd Mahadee Ismail

2. Mohd Iskandar Jaafar

 

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat

1. Asraf Yusof

2. Tan Soo Leong

 

Fakulti sains

1. Mohd Faizal Ismail

2. Loh Wee Chuan

 

Akademi Pengajian Islam (API)

1. Mohd Saufi Abdul Hamid

2. Mahra Salleh

 

Fakulti Sains Sukan

1. Muhammad Affendi @ Nor Affendi Abd Rahman

2. thiagaraj a/l Sivanandam

 

Mereka yang menang tanpa bertanding:

Fakulti Perubatan

1. Anwar Irawan Ruhani

2. Wan Mastok Shariff Wan Mesuji

 

Fakulti pergigian

1. Mohd Rohazmi Abu Hashim

2. Salleh Zakaria

 

Fakulti Pendidikan

1. Wan Zarini Wan Abdul Kadir

2. Yusnizam Arbain

 

Fakulti Undang-Undang

1. Nizam Bacha Mydin Bacha

2. Teoh Hang Weng

 

Akademi Pengajian Melayu (APM)

1. Aksyah Nasrah

2. Mohd Mahzan Awang

 

SESI 1997/98

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi berikutnya juga menampilkan imej baru. Bermula dengan nama Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ditukar kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa bersempena dengan pengkopratan Universiti Perdana ini. Dalam Pemilihan MPM pada sesi tersebut seramai 26 orang calon telah bertanding merebut 13 kerusi kawasan kampus sementara 47 calon bertanding merebut kerusi fakulti.Pemilihan yang berlaku pada sesi ini mula menyaksikan pertambahan jumlah mahasiswa yang keluar membuang undi. Peningkatan sebanyak 4.9 % iaitu daripada 65.7% kepada 70.5%. Ini menunjukkan perubahan mahasiswa yang semakin berminat untuk mengikuti arus perdana politik kampus.

Calon-calon yang berteraskan moto ‘Teguh Mendokong Aspirasi Mahasiswa’ sekali lagi mengulangi kejayaan manisnya sesi lalu dengan memenangi kesemua kerusi kampus. Berikut calon-calon yang memenangi Pemilihan MPMUM sesi 1997/98:

KAWASAN KAMPUS

1. Abdul Rahman Abidin

2. Mohd Izani Mohd Zain

3. Ghazali Mohd Daud

4. A’aiyah Ismail

5. Ahmad Zabidi Abdul Razak

6. Ahmad Zulkifli Ismail

7. Bakri mat

8. Mohd Zaidi Mustafa

9. Fauzul Naim Ishak

10. Wan Syukri Wan Mustapha

11. Najah Nadiah Amran

12. Wan Mohd Zamri Wan Hassan

13. Saharuddin Mohd Kia

 

KAWASAN AKADEMI / FAKULTI / PUSAT

Akademi pengajian Islam

1. Mohd Siroj Abdul Latiff

2. Wan Jemizan Wan Deraman

 

Akademi Pengajian Melayu

1. Amir Affendy Mohd

2. Azhari Md Ghafar @ Abdul Ghaffar

 

Fakulti Ekonomi & Pentadbiran

1. Abdul Jabbar Abdullah

2. Hamzah Hussin

 

Fakulti Kejuruteraan

1. Alan Tan Wee Chiat

2. Tan San Yew

 

Fakulti Pendidikan

1. Hazlin Hani Mohd Halili

2. Intan Syafinaz Kamanuddin @ Kamaruddin

 

Fakulti Pergigian

1. Khairul Hafles Abu Hassan

2. Syazlli Nazreen Mohd Yunus

 

Fakulti Perubatan

1. Faizal Mohd Yusof

2. Wan Daud Wan Kadir

 

Fakulti Perniagaan & Perakaunan

1. Mohd Hafiz Kasim

2. Siti Aisyah Ghani

 

Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat

1. Alhadi Bujang

2. Cho Leng Koung

 

Fakulti Sains

1. Ho Chian Hong

2. Vighnes a/l Kanaraj

 

Fakulti Sains Sukan

1. Safri Jeffri

2. Thiagaraj a/l Sivanandam

 

Fakulti Sastera & Sains Sosial

1. Makhtar Mamat

2. Mohd Zulfa Awang

 

Fakulti Undang-undang

1. Akhzailina Md Akhir

2. Seow Choon Teik

 

SESI 1998/99

Setelah 2 sesi kepimpinan mahasiswa diterajui oleh ‘pendokong aspirasi’ maka, detik yang ditunggu-tunggu pada sesi ini amat mendebarkan seluruh warga kampus UM. Akan tetapi, sesuatu yang tidak dijangka oleh penghuni kampus adalah suatu KERJASAMA POLITIK telah diadakan engan penubuhan Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) hasil persepakatan di antara dua kumpulan besar iaitu kumpulan yang mewakili kelompok majoriti mahasiswa Muslim dan kumpulan yang menggabungkan antara Melayu, Cina dan India. Nama masyhur bagi kerjasama ini ialah ‘Tahalluf Siyasi’. Debaran kembali surut memandangkan gabungan yang dibuat adalah suatu tindakan yang bijak dan tepat pada masanya. Dengan ini, UM telah mencatatkan satu sejarah agung yang julung-julung kali berlaku di pentas politik arus perdana ini, yang mana pilihanraya tidak berlaku malah gabungan secara murni telah membentuk Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 1998/99 untuk memperjuangkan keadilan dan mengembalikan hak mahasiswa bertunjangkan moto yang berbunyi "Bersatu Memperjuangkan Aspirasi Mahasiswa & Kesejahteraan Sejagat".

Walaupun demikian, MPMUM tetap mengadakan sesi berkempennya sebelum pilihanraya yang sepatutnya diadakan pada 18 November 1998. Senarai calon-calon yang mendapat kemenangan tanpa pertandingan adalah seperti berikut:

 

KAWASAN KAMPUS

1. Ahmad Sabri Kassim

2. Amran Ariffin

3. Azmi Abdullah

4. Burhan Che Daud

5. Mohd Fauzi Idris

6. Mohd Nazri Chik

7. Nik Salwani Nik Mustafa

8. Amir Affendy Mohamad

9. Noraminah Omar

10. Shairul Nizam Abdul Karim

11. Ahmad Suhaimi Osman

12. Amiluddin Mohd Yusuf

13. Aladin Mamat

14. Naim Fahmi Ahmad Tajuddin

15. Shazeera Ahmad Zawawi

 

KAWASAN FAKULTI

Akademi Pengajian Islam

1. Mamat Haizan Salleh

2. Zawawi Mat Kahar 

 

Akademi Pengajian Melayu

1. Maziah Zee Abdullah

2. Nasrol Hadi Ahmad Shukeri

 

Fakulti Bahasa & Linguistik

1. Ahmad Azrin Ghazali

2. Gunanathan a/l Arumugam

 

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran

1. Hasmadi Mohd Ali

2. Suriadi Uddin

 

Fakulti Kejuruteraan

1. Kua Song Keat

2. Teng Siong Kiong

 

Fakulti Pendidikan

1. Huzaimi Ahmad

2. Suhana Sarkawi

 

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan

1. Ong Choon Heng

2. Masitah Mohd Nasir

 

Fakulti Pergigian

 1. Khairuddin Zamhari

2. Jamaluddin Jirin

 

Fakulti Perubatan

1. Abdul Aziz Sabran

2. Zullkifli Mohd Zainuddin

 

Fakulti Sains

1. Sivarajah a/l Sithambaran

2. Tay Ing Ing

 

Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat

1. Chong Tat Leong

2. Mohd Maliki Abdul Rahman

 

Fakulti Sasrtera & Sains Sosial

1. Halmi bin Rajin

2. Mohd Nizam Rahimi  Abdul Ghani

 

Fakulti Undang-Undang

1. Chin Wee Kean

2. Muhammad Fairus Ahmad Yusof

 

Pusat Kebudayaan

1. Mohd Ariff Abdul Samat

2. Mohd Hisham Mohd Fuad @ Daud

 

Pusat Sukan (dengan Pertandingan) 

1. Abdul Wahid Hj. Ramli

2. Nasran Rusdi.          

                                       

Demikian secara ringkas sorotan yang dapat CABAI ceritakan. Walaubagaimanapun, tarikh 17 November ini masih dalam tanda tanya. Mungkinkah tercipta satu lagi rekod baru dalam arena politik kampus UM??? Yang pasti...segala jawapan terletak di tangan anda semua.  

 

dfdf