PEJABAT KESIHATAN DAERAH BALING
GAKI

Home

GAKI | Pengenalan | CDC | Misi | Pentadbiran | Kesihatan Persekitaran | PROMOSI KESIHATAN | Kawalan Mutu Makanan | KESIHATAN PEKERJAAN & ALAM SEKITAR | Kesihatan Asas & Keluarga | Berita Semasa
Program Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (Iodine defisiency disorder)

PROGRAM GANGGUAN AKIBAT KEKURANGAN IODIN           

1.   Pengenalan

Masalah kekurangan iodin merupakan  faktor  penyebab  paling  biasa  yang   menjadi  punca masalah terancat akal dan kerosakan otak yang boleh dielakkan. Ianya menyebabkan penyakit Goitre (Gondong) dan merupakan pengeluaran hormon yang  penting  untuk  tumbesaran  dan perkembangan fizikal  dan  mental.  Kanak-kanak  yang  mengalami  kekurangan  iodin  akan mengalami   terencat   tumbesarannya,   akal  d a n  tidak  berupaya  melakukan  pergerakkan, pertuturan dan pendengaran yang  normal.  Ibu  mengandung  yang  kekurangan  iodin  boleh mengalami keguguran, kematian anak  dalam  kandungan atau melahirkan anak yang terencat akal ( certins). Kini di dunia terdapat lebih kurang 1.6  bilion  orang yang berisiko, 50 juta kes melibatkan kanak-kanak dan lebih kurang 100,00 kanak-kanak  terencat akal dilahirkan setiap tahun.

Di Malaysia, masalah kekurangan Iodin atau penyakit Goitre telah pun dilapurkan seawal tahun 1930 an. ( Blair, 1933 )

Vickers & Strahan pada tahun 1935 melaporkan 131 kes Goitre di Daerah Sik,Kedah D.A.

Polunin pada tahun 1971 melaporkan kadar prevalen penyakit Goitre di Keningau, Sabah sebanyak 76 % dikalangan wanita berumur 15 tahun ke atas.

Samsiah pada tahun 1994 melaporkan kadar  penyakit Goitre di kalangan kanak-kanak Sekolah di Tambunan, sebanyak 31%  hingga 56 % dan kalangan wanita mengandung didapati sebanyak 46 % hingga 83 %.

Di Negeri Serawak, satu kajian mendapati 29 % hingga 51 % bayi baru lahir  mempunyai TSH melebehi5 mU/L yang menunjukkan masalah kekurangan iodin yang serius ( Jabatan Kesihatan Sarawak 1993)

Hanis & et al pada tahun 1987 melaporkan kadar  prevalence kekurangan Zat Iodin sebanyak 35 % dibeberapa kampong dalam Daerah Sik dan Baling, Kedah D.A.

Mafauzy & et al pada tahun 1993 melaporkan kadar prevalence sebanyak 73 % dibeberapa kawasan di Negeri KelantanD.N.

Osman & et al pada tahun 1992 melaporkan masalah IDD di kalangan kumpulan orang-orang asli.

Foo LC d& et al pada tahun 1994 yang membuat kajian ke atas kanak-kanak di antara 8 - 10 tahun di 3 buah sekolah di Daerah Sik dan Baling mendapati prevalance Goitre di Sek. Keb. Gulau, Sik (40 %) , Sek. Keb. Rambong, Baling (35.7 %) dan Sek. Keb. Belantik, Sik (18.1%).

back

Masalah IDD di Daerah Baling

Kajian oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di Negeri Kedah mendapati  Daerah Baling adalah salah sebuah daerah yang menghadapi masalah kekurangan zat  iodin  yang serius. 

Pada tahun 1994, Program I.D.D telah bermula di Daerah Baling bagi memberi tumpuan kepada Kg. Saga dan Kg. Rambong Pulai serta beberapa buah kampong berhampiran yang telah dikenalpasti penduduknya menghadapi masalah kekurangan  zat iodin yang agak serius.

Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kami bersama pihak atasan telah pun memulakan program ini pada tahun 1994. Kampong-kampong yang dikenalpasti itu telahpun mula menggunakan "Rhodifuse Iodes" dalam bekalan air minum iaitu telaga.  Pada tahun 1996 program  ini telah dikembangkan ke sekolah-sekolah menengah dan rendah di seluruh Daerah Baling dengan membekalkan Iodinator disetiap buah sekolah.

Enter supporting content here