PEJABAT KESIHATAN DAERAH BALING
PROMOSI KESIHATAN

Home

GAKI | Pengenalan | CDC | Misi | Pentadbiran | Kesihatan Persekitaran | PROMOSI KESIHATAN | Kawalan Mutu Makanan | KESIHATAN PEKERJAAN & ALAM SEKITAR | Kesihatan Asas & Keluarga | Berita Semasa
Blue Book, Turning
Objektif Organisasi:
 
Objektif  utama Pelajaran Kesihatan adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui:
  • Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka
  • Meningkatkan kesedaran diakalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut.
  • Menyedarkan orang ramai tentang perkhidmatan dan kemudahan yang sedia ada dan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ini dengan berkesan.

 Tenaga Manusia. (Manpower)

Semua unit terlibat dalam mempromosi kesihatan. Satu unit pasukan bergerak dari negeri telah ditempat didaerah Baling untuk menjalankan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan didaerah Baling.Disamping itu unit bergerak ini juga ditugaskan untuk membantu daerah-daerah Kulim, Bandar Bharu  dan Sik dalam memperomosikan kesihatan didaerah masing-masing.   Seorang Inspektor Kesihatan dari unit NCD dilantik sebagai penyelaras pendidikan   kesihatan untuk menyelaras aktiviti diperingkat daerah.

Kemudahan.

Sebuah bangunan Upk  (Ibnu Qaiyum ) digunakan untuk menempatkan peralatan dan barang barang pendidikan kesihatan. Bangunan ini selain daripada untuk menempatkan barang dan peralatan upk , ianya juga boleh digunakan untuk taklimat, cme, mesyuarat dan sebagainya

         

 Bilangan aktiviti pendidikan kesihatan mengikut kaedah bagi daerah  Baling 2001

Kaedah Pendidikan Kesihatan

Bil. Aktiviti Dijalankan

1. Ceramah

2427

2. Dialog

 781

3. Pamiran

144

4. Demonstrasi

2091

5. Tayangan video

14

6. FGD / Perbincangan Kum. Kecil

2971

 Bilangan sasaran liputan aktiviti pendidikan kesihatan mengikut

 Program kesihatan untuk tahun 2001

Program kesihatan

Bil. Kehadiran

1. Kesihatan keluarga

36,934

2. Kawalan penyakit berjangkit

208

3. Kawalan penyakit vector

16,251

4. Kawalan mutu makanan

1,983

5. Kesihatan alam sekitar

1,446

6. Kesihatan cara kerja

250

7. Kawalan penyakit TB

190

8. Kawalan penyakit tidak berjangkit

2,931

9. Kem kesihatan

3,750

    Jumlah

63,943

 Bilangan penduduk mendapat liputan aktiviti pendidikan kesihatan  mengikut kumpulan sasaran bagi tahun 2001.

Kumpulan sasaran

Bilangan mendapat liputan

1. Ibu/ Bapa

19,945

2. Penuntut sekolah/ Institusi

11,707

3. Masyarakat awam

18,024

4. Pengendali makanan

2,096

5. Pekerja kilang

437

6. Pesakit semua kategori

3,234

    Jumlah

55,443

Pengeluaran bahan-bahan pendidikan kesihatan.

Pelbagai cara digunakan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai kesihatan baik dari penyakit-penyakit berjangkit dan tidak berjangkit mahu pun mengenai maklumat am dan apa-apa sahaja mengenai kesihatan.

Bahan-bahan bercetak pendidikan kesiahatan seperti risalah, poster,handbill, pelekat dan kalendar telah dikeluarkan kepada semua unit kesihatan dibawah jagaan kesihatan daerah Baling.

Ada juga permintaan dari lain-lain agensi seperti sekolah-sekolah ,jabatan kerajaan orang awam dan pengendali makanan memerlukan bahan-bahan pendidikan kesihatan diberikan secara percuma.  

Untuk kakitangan kesihatan juga disediakan bahan-bahan pendidikan seperti buku panduan ceramah, slide, dan VCD yang boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Tidak ketingggalan juga UPK negeri melalui daerah memberikan insentif sebagai galakan kepada orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak sekolah, remaja belia untuk menyertai kuiz kesihatan maka kita berikan berbagai bentuk hadiah-hadiah  seperti tali pengikat buku, keychain,ball pen dan sebagainya.