AKTIVITI KMM
 
Secara umumnya pelaksanaan aktiviti Kawalan Mutu Makanan di dalam daerah Baling boleh dibahagikan kepada aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
  • Aktiviti persampelan makanan dan penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
  • Aktiviti pemeriksaan premis makanan dan premis pemprosesan makanan.
  • Aktiviti penutupan premis makanan yang tidak bersih.
  • Aktiviti pelajaran kesihatan.
  • Rekod.
PEJABAT KESIHATAN DAERAH BALING
Kawalan Mutu Makanan

Home

GAKI | Pengenalan | CDC | Misi | Pentadbiran | Kesihatan Persekitaran | PROMOSI KESIHATAN | Kawalan Mutu Makanan | KESIHATAN PEKERJAAN & ALAM SEKITAR | Kesihatan Asas & Keluarga | Berita Semasa

Cheese Wheel, Spinning

Pendahuluan
 
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah Program Kawalan Mutu Makanan adalah dijalankan oleh Pegawai-Pegawai Berkuasa Akta Makanan 1983 dengan tujuan untuk melindungi orang ramai terhadap bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan.
 
Matlamat persampelan berdasarkan 2 sampel/1000 penduduk bagi setiap tahun seperti yang telah dirancangkan di bawah Rancangan Kerja Kebangsaan 1994. Walaubagaimana pun, penekanan dalam persampelan adalah ke arah penyelesaian masalah diperingkat punca (at source) dengan menggunakan teknik atau konsep Analisa Bencana Titik Kawalan Kritis (HACCP) serta mempastikan pengusaha-pengusaha makanan mematuhi secara sukarela (voluntary compliance).
 
Organisasi
 
Dalam tahun 2002,  tiga orang Inspektor Kesihatan ( Pegawai Berkuasa Akta Makanan 1983 )  dan seorang Pembantu Kesihatan Awam  menjalankan aktiviti Kawalan Mutu Makanan.
 
Aktiviti Persampelan Makanan

Aktiviti persampelan makanan dijalankan oleh Pegawai Berkuasa Akta Makanan 1983 berpandukan kepada jadual persampelan yang telah ditetapkan mengikut keutamaan jenis analisis. Pensampelan makanan domestik mengikut analisis bagi tujuan surveillan adalah seperti berikut :

AKTIVITI PERSEMPELAN

i.          Mikrobiologi                           - 40 %

 ii.         Kimia                                      - 55 %

 iii.        Fizikal                                     -   5  %

Pensampelan makanan untuk analisis mikrobiologi akan ditingkatkan kerana kadar kejadian keracunan makanan yang masih tinggi. Penumpuan pengambilan sampel untuk analisis mikrobiologi  perlu dilakukan pada tempat-tempat seperti di kantin dan dapur asrama di sekolah, restoran dan gerai, penjaja dan tempat keramaian.
 
 Pencapaian Pengambilan Contoh Makanan Daerah  Baling Tahun 1997 2001

Jenis Analisis

 

1997

1998

1999

2000

2001

Mikrobiologi

108

51

86

78

128

Pencemaran Makanan

45

20

30

9

24

Pest.Residue

29

13

23

30

42

Standard Makanan

59

15

40

25

36

Fizikal

22

13

18

10

16

Residue  Drug Veterina

19

12

10

27

29

Pencemaran Aditif Makanan

23

21

23

26

37

Aditif Makanan

5

1

3

4

6

Jumlah

305

145

230

209

318

Sasaran

293

133

225

203

318

Peratus Pencapaian

104%

109%

102%

102 %

100 %

 Jenis Persampelan Daerah Baling Tahun 1997 - 2001

Tahun/Jenis Sampel

1997

1998

1999

2000

2001

Sampel Rasmi

132

83

129

118

168

Sampel Tidak Rasmi

173

62

101

91

150

Jumlah

305

145

230

209

318

Dalam tahun 2001, sebanyak  318 sampel makanan telah diambil iaitu  128 sampel untuk dianalisis mikrobiologi dan  190 sampel untuk dianalisis kimia. Pencapaian pengambilan contoh makanan adalah  100 % dari sasaran tahunan. Pencapaian pengambilan contoh makanan mengikut parameter analisis adalah mencapai sasaran yang ditetapkan

Tahun/Jenis Sampel

1997

1998

1999

2000

2001

Sampel Rasmi

132

83

129

118

168

Sampel Tidak Rasmi

173

62

101

91

150

Jumlah

305

145

230

209

318

Dalam tahun 2001, sebanyak  318 sampel makanan telah diambil iaitu  128 sampel untuk dianalisis mikrobiologi dan  190 sampel untuk dianalisis kimia. Pencapaian pengambilan contoh makanan adalah  100 % dari sasaran tahunan. Pencapaian pengambilan contoh makanan mengikut parameter analisis adalah mencapai sasaran yang ditetapkan

Let us know of a link that you find interesting and we may add it to this page.