(formerly known as Malay Society of Great Britain)-ditubuhkan pada 1927-


 
Buletin


 
       
       
  • Jualan Baju T-shirt
    • Cadangan oleh Presiden untuk bekerjasama dengan Malaysian Student Society dalam pembuatan baju T-shirt . Projek ini telah dimulakan pada akhir bulan Disember dan dipertanggungjawabkan kepada  J/kuasa Kebajikan dan Kaunseling dengan kerjasama ahli Kelab dan badan-badan yang berkaitan. Namun, atas sebab sebab tertentu, projek ini telah ditangguhkan.

    •   
  • Penyerahan sijil KMUK.
    • KMUK telah merancang menganugerahkan sijil penghargaan kepada ahli ahli yang telah berjasa dalam segala kegiatan secara langsung dan tidak langsung. Dengan itu, Saudara Rithauddin telah diamanahkan untuk menyelaraskan segala peruntukan dan design sijil tersebut. Sijil tersebut akan ditandatangai sendiri oleh Tan Sri Md. Tajuddin, penaung persatuan ini.
     
  • Mesyuarat AGM KMUK
    • Mesyuarat Agung akan diadakan pada semester akan datang bertujuan untuk melantik jawatankuasa baru atas perletakan jawatan ahli jawatankuasa penggal lepas. Saudara Presiden dan pemangku serta beberapa AJK yang telah pun tamat dalam pengajian mereka telah melepaskan jawatan bagi penggal lepas. Dengan itu, satu Jawatankuasa sementara dipengerusikan Saudara Ahmad Jaafar akan mengubal ahli panel untuk penggal baru akan datang. Tarikh menyuarat agung masih tidak ditetapkan.
     


 

[Lembaran][Pengenalan][Dasar][Organisasi][Sejarah][Aktiviti][Bulletin]

Kesatuan Melayu United Kingdom.
-University of Strachclyde-University of Glasgow-Glasgow Caledonian University-