Kebelakangan ini, Malaysia telah menyaksikan satu
fenomena baru di bidang IT. Teknologi Maklumat telah menjadi
agenda utama di semua prinsip bidang. Komputer dan Lebuh
Raya Maklumat akan membentuk asas revolusi sosio ekonomi
akan datang khusus dalam perancangan kerajaan untuk
menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.
Justeru itu negara memerlukan rakyat tempatan yang
berkemahiran di bidang ini. Maka dengan itu, MAHIRMAX
TRADING SDN. BHD. dengan kerjasama UNIVERSITI ISLAM
ANTARABANGSA merasa terpanggil untuk menyahut cabaran
ini dengan memperkenalkan mekanisme baru dalam pengajian
IT ini.
Menyedari hakikat mendalami ilmu IT sudah menjadi satu
kewajipan bagi masyarakat mempelajarinya. Maka wujud
berbagai-bagai pusat pengajian IT menawarkan kursus
komputer untuk orang-ramai mempelajarinya. Bagaimanapun
tidak semua pusat-pusat latihan komputer ini menyediakan
kualiti pembelajaran yang sepatutnya. Kerapkali terjadi kursus
yang disediakan mengenakan yuran pengajian yang mahal
dengan mutu pembelajaran yang tidak setimpal.
Disinilah kelebihan Pusat Latihan Komputer Mahir yang
mempunyai cawangan-cawangan di sekitar Daerah Manjung,
Perak. Dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa, kami
menyediakan kursus komputer dengan yuran yang sangat
berpatutan namun dalam masa yang sama tetap mengekalkan
kualiti pembelajaran yang bermutu tinggi mengikut piawaian
yang ditetapkan Universiti terbabit. Dengan sijil yang
dikeluarkan Universiti tersebut akan memberi kelebihan bagi
pelajar-pelajar memohon jawatan atau melangkah ke pusat-
pusat pengajian tinggi.

Bersama
Melangkah
Ke Dunia
Tanpa Sempadan