Pendedahan Terengganu Siri 2 - Unit Perpaduan Ummah

Salah satu jentera utama untuk mengekalkan kuasa mereka di negeri Terengganu adalah dengan penubuhan UPU.

Kerajaan Negeri Terengganu membelanjakan tidak kurang dari RM5 juta setahun untuk membayar beberapa ribu orang sebagai mata dan telinga (agen) UMNO/BN di negeri Terengganu. Dan untuk pilihanraya akan datang peruntukan telah ditambah.

Pada zahirnya, matlamat penubuhan Unit Perpaduan Ummah (UPU) amatlah cantik seperti pada nama agensi. Tetapi hasrat sebenar penubuhan UPU adalah bagi memastikan UMNO/BN untuk terus kekal memerintah. Kaedah yang digunakan mereka bagi mencapai cita-cita mereka adalah terlalu kotor.

Bagi setiap agen UPU, setiap bulan mereka dibayar di antara RM400 - 500 seorang bagi yang bawah-bawah hingga lebih dari RM3,000 seorang bagi agen yang berkedudukan tinggi.

Mereka yang mendapat RM2,000 – RM3,000 sebulan adalah bekas pegawai kerajaan negeri Terengganu (TCS) yang sudah pencen. Ketua-ketua kampung atau AJK-AJK cawangan/bahagian UMNO mendapat di antara RM400 – RM600 sebulan seorang.

Mereka inilah yang melaporkan risikan aktiviti parti lawan. Mereka inilah yang menjadi agen penghasut dan fitnah untuk parti UMNO.

Duit (pitih) itu semuanya pitih rakyat. Tetapi digunakan untuk membela agen UMNO.

Sekian,

Ibrahim Baba 13 September, 1999.