KUSZA DIcemari

Apa yang berlaku di Tanah Air kita yang tercinta seperti kes DSAI dan bail-out saudara mara Mahathir adalah suatu gejala (symptom) kepada apa yang telah menyusup tebal di dalam budaya kesemua agensi dan jabatan kerajaan termasuk di sesetengah intitusi pengajian tinggi. Ini adalah hasil dari wawasan dan dokongan yang dipupuk oleh Dr. Mahathir Mohamed sendiri.

Seperti yang telah dilakukan di peringkat persekutuan, Menteri Besar Terengganu yang telah memerintah negeri lebih 25 tahun, Wan Mokhtar telah melakukan perkara yang serupa dengan ketuanya. Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) adalah suatu kubu dan alat untuk UMNO memainkan pengaruh politik mereka sekotor-kotornya. Keluhan di kalangan pentadbir dan ahli akademik tidak dipandang atau dilayan oleh pihak atasan KUSZA mahupun di peringkat MB.

Berikut saya sampaikan beberapa isu yang berlaku di KUSZA yang dapat saya ketengahkan hasil pertemuan saya baru-baru ini dengan seorang Datuk yang pernah menjawat peranan penting di dalam pentadbiran negeri:

1. Kenaikan pangkat
Ini adalah suatu gejala yang amat ketara. Kenaikan pangkat adalah didasarkan kepada kronisme dan nepotisme. Penilaian tidak dilakukan sepenuhnya berdasarkan prestasi kerja tetapi siapa yang kenal siapa dan siapa saudara siapa. Ada pula sesetengah pengambilan bertujuan untuk sesetengah tugas adalah bagi mematikan pengaruh sesetengah orang lain. Pengaruh seseorang ditakuti itu mungkin mirip kepada parti lawan tetapi mungkin juga kerana mirip kepada kem lain. (Umum tahu bahawa Yusuf Nor dan Wan Mokhtar memang tidak boleh ngam).

2. Pemilihan pelajar

Pihak pentadbiran sentiasa dibelenggu oleh masalah kesuntukan masa dalam mengeluarkan senarai nama yang dipilih untuk memasuki KUSZA serta untuk mengeluarkan surat kepada calon yang berjaya. Dato Rashid Ngah sendiri akan memastikan bahawa semua senarai yang telah dipilih berdasarkan pencapaian akademik disaringkan bagi memastikan bahawa tiada seorang pun dari calon yang terpilih mempunyai ibu-bapa mahupun datuk dari parti PAS.

Ini dilakukan dengan mendapatkan senarai nama calon yang dipilih lengkap dengan maklumat alamat dan nama keluarga dan dihantar ke setiap bahagian UMNO terbabit bagi memastikan bahawa calon terpilih dari kawasan masing-masing bukannya dari keturunan parti PAS. Begitulah kejinya kerja dan hati perut mereka. 3. Tindakan disiplin pentadbir ataupun kakitangan akademik.

Tindakan disiplin dilakukan dengan cara yang sama seperti dilakukan oleh Peguam Negara iaitu Pendawaan Terpilih (Selective prosecution). Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan tidak mempunyai sokongan dari mana-mana orang atas akan diteruskan dengan tindakan susulan. Malangnya, bagi mereka yang tidak mempunyai masalah disiplin tetapi mirip kepada parti lain dari UMNO akan dicari sebab untuk diambil tindakan disiplin. Dan yang memalukan di kalangan kakitangan akademik KUSZA ialah mereka yang mempunyai masalah disiplin – walaupun dengan bukti yang jelas lagi ketara tetapi mempunyai talian yang kuat di peringkat atasan pemerintahan negeri akan dibebaskan. Malah sesetengahnya telah pun dinaikkan pangkat.

Dalam suatu kes yang berlaku beberapa tahun lalu, seorang pensyarah yang mentah (baru mempunyai ijazah sarjana muda) telah ditangkap dan terbukti memberi soalan peperiksaan kepada pelajar yang hatinya terpikat. Setelah bermesyuarat maka dibuat keputusan oleh YB Yusof Nor untuk memecat pensyarah tersebut. Tidak sampai satu jam selepas keputusan dibuat oleh Yusof Nor, keputusan tersebut telah ditukar 360 darjah oleh Wan Mokhtar. Ini adalah kerana pensyarah muda tersebut adalah anak kepada seorang YB Dato di negeri Terengganu yang juga merupakan orang kuat Wan Mokhtar.

Dalam satu lagi kes, juga seorang pensyarah muda tetapi pemegang PhD, yang didapati juga memberi soalan kepada beberapa pelajar wanita pilihan beliau tidak juga disingkir. Tetapi Wan Mokhtar sebaliknya mengambil pensyarah tersebut dan diberikan tugasan baru kerana menjaga anak didiknya Apakah kejayaan KUSZA yang boleh dibanggakan selepas lebih 15 tahun ditubuhkan? Apa jadi dengan graduan-graduannya? Apakah ianya diberi pengiktirafan tinggi?

Datuk yang meluahkan perassannya kepada saya terasa sedih kerana beliau dulu terlibat dengan perancangan penubuhan KUSZA dengan wawasan dan matlamat yang tinggi tetapi kini KUSZA sudah tidak berkualiti lagi.

Sekian

Ibrahim Baba

15 September, 1999