Dakwaan PAK LAH tidak benar: Azizah

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa dakwaan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Ahmad Badawi bahawa Anwar enggan bekerjasama dalam proses penyiasatan kes keracunan arsenik sebagai tidak benar.

Sebelum itu, Dr Mahathir dalam kenyataannya juga mendakwa Anwar sengaja menimbulkan isu arsenik dengan harapan agar kes "liwat"nya tiak dijadikan bahan kempen pilihanraya selain untuk menghasut penyokongnya berdemonstrasi.

Wan Azizah berkata, laporan Pengarah dan Prosefor Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Akan dimasukkan)kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rozilah Salleh mengenai keadaan Anwar menunjukkan Anwar memberikan kerjasama.

Laporan itu menjelaskan Anwar didapati mempunyai masalah kesihatan iaitu tekanan darah yang tinggi tetapi menurun apabila beliau duduk, bradikadia serta observation of the cardiovascular system". Beliau juga didapati mempunyai masalah dengan paru-paru yang memerlukan kajian terperinci.

Berikutan laporan itu, perbicaraan kes Anwar ditangguhkan sehingga minggu depan untuk membolehkan Penyiasatan terus dilakukan.

"Justeri itu kenyataan yang berterusan oleh pimpinan kerajaan mengenai Anwar enggan berkerjasama adalah kurang tepat dan bermotifkan politik," katanya.

Wan Azizah juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital UKM yang menjalankan siasatan dan kajian mengenai kes Anwar secara profesional.

"Saya yakin pihak HUKM akan berusaha memulihkan beliau dan memberikan penjelasan terperinci kepada rakyat sesegera mungkin," katanya lagi.