Surat I

Seperti yang telah diduga, Hakim Ariffin Jaka telah menolak permohonan supaya keterangan Azizan tidak diterima. Sebenarnya kita jangan terkejut dan tidak perlu pun mengambil perhatian diatas apa jua perjalanan atau keputusan mahkamah, kerana ia adalah sebuah drama yang skripnya telah ditentukan oleh PeM dan pengakhir ceritanya telah pun dimaklumi oleh rakyat (hanya yang tidak buta hatinya).

Walaupun semasa pengembaraan drama ini terdapat beberapa insiden yang tidak diduga yang tidak menepati kehendak skrip, tetapi drama ini akan diteruskan oleh Pengarah Ariffin Jaka dengan apa jua cara sehingga selesai kelak. Yang penting pada akhirnya mestilah penamat seperti yang dikehendaki oleh PM.

Jadi kita jangan emosi, teruskan dengan perjuangan menuntut keadilan dengan penuh bijak sana. Kerana emosi yang tidak rasional akan mengagalkan perjuangan yang banyak menuntut pengorbanan ini. Semoga Allah s.w.t membantu kita yang berjuang kerana Nya.

Wassallam. (nama dibuang utk keselamatan)

Surat II

apabila membaca kenyataan ariffin jaka, telahan saya tepat, bahawa keterangan azizan tetap diterima. perbicaraan akan berterusan mengikut skrip yang terencana lebih awal. akhirnya anwar tetap bersalah.

setakat ini tiada hakim yang berani meletakan dirinya berkecuali dalam membuat keputusan. bermula dengan augustin paul yang sering mengeluarkan perkataan irrelavan jika berpihak kepada peguam anwar, sebaliknya relavan sekiranya berpihak kepada pendakawa.

kini giliran ariffin jaka mengulangi pendidiran augustin paul. hujahnya salah atau benar adalah keputusannya. keputusannya tidak lagi berdasar fakta sebenar. dia menerima dan membuat keputusan berdasar jawapan azizan yang ternyata bercanggah serta bukti-bukti yang bertukar tarikh dan tahun.sekiranya ramai hakim sepertinya sudah pasti mahkamah kita bukan lagi berfungsi menegak keadilan. mahkamah tidak lagi bebas, para hakim terikat tangannya.

perbicaraan kes anwar akan berkesudahan hukuman ke atas beliau. Apa-apa cara atau hujah yang diguna oleh peguam anwar, keputusan tetap berpihak kepada pendakawa. anwar tetap tidak terbebas. sekiranya anwar menang atau bebas, siapakah yang bersalah dalam kes tersebut? sekiranya anwar bebas, semua yang berkonspirasi tidak tidur lena. masing-masing menanti giliran untuk didakwa.

supaya mereka yang bersekongkol dalam konspirasi menjatuhkan anwar terselamat, maka wajar anwar disumbatkan seumur hidup dalam penjara. itupun kalau umurnya panjang. jika boleh mereka sanggup melenyapkannya dari bumi ini. anwar menjadi nostalgia.

Nama dibuang