Cikgu Alinah Awal
Click here to view her picture
Pendidikan:
- Sekolah Rendah: S. K. Likas
- Sekolah Menengah Lok Yuk, Likas
- Sekolah Menengah All Saints ( Menengah atas – Tingkatan 6 )
- Maktab Perguruan Gaya
Kenangan manis di maktab – dihantar ke Ekspo Pedagogi Nasional di IAB Genting Highland sebagai fasilitator.
Kenangan manis sewaktu mengajar di S. M. Lok Yuk – dihargai oleh pelajar.
Minat: Menyanyi.
Beliau merupakan anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. Selapas tamat persekolahan di Tingkatan 6, beliau menyambung pengajian di Maktab Perguruan Gaya.
Beliau senang menjadi seorang guru atau pendidik kerana dalam usia muda perbezaan umur dengan pelajar tidak terlalu jauh maka dapat memahami hati, perasaan dan sikap pelajar itu sendiri.
Beliau baru 1˝ tahun sahaja bertugas sebagai guru di S. M. Lok Yuk (sekolah pertama beliau), tetapi telah mendapat gelaran guru wanita yang paling popular ’99 di sekolah ini. Menurut beliau, beliau amat berterima kasih kerana pemilihan ini dinilai sendiri oleh pelajar. Beliau amat disenangi oleh pelajar kerana beliau tidak meletakkan jurang dengan pelajar dan ini menyebabkan beliau masih terasa suasana menjadi seorang pelajar.
Sekarang, beliau memegang jawatan sebagai guru penasihat Persatuan Kadet Polis walaupun sepanjang beliau di bangku sekolah dan di maktab, beliau giat dalam Persatuan Pandu Puteri. Beliau telah membuat perancangan untuk menaikkan lagi prestasi Persatuan Kadet Polis pada tahun hadapan yang sememangnya memuaskan. Beliau juga ingin menganjurkan pertandingan antara badan-badan uniform, misalnya, pertandingan kawad kaki dan juga pertandingan- pertandingan yang lain.
Di samping itu, beliau juga ingin membuat perancangan untuk mengaktifkan Kelab Kebudayaan Sekolah jika diizinkan dan mendapat sokongan kerana Kelab Kebudayaan Sekolah ini dikatakan terlalu ketinggalan berbanding dengan sekolah-sekolah lain.
Sepanjang bertugas di sekolah ini, beliau berpandangan S. M. Lok Yuk mempunyai pentadbiran yang sistematik. Dari segi disiplin pula, beliau berkata: “ …disiplin pelajar masih pada tahap memuaskan dan boleh dikawal. Tetapi setiap pelajar di sini tidak lari dari kombisi iaitu menanamkan sikap rendah diri yang terlalu tinggi. Misalnya mereka rasa diri mereka tidak layak untuk bersaing dengan sekolah yang mempunyai nama seperti Maktab Sabah, St. Francis Convent dan sekolah-sekolah lain. Mereka juga cepat putus asa dan panik sedangkan mereka berpotensi ”.
Di sini juga beliau ingin sampaikan kepada pelajar iaitu janganlah suka membuang masa itu emas dan beliau tidak ingin pelajar menyesal di kemudian hari.