1. Mendapatkan penglibatan guru dan pelajar secara optima dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan.
2. Berusaha secara cekap dan penuh dedikasi secara berterusan dalam memberi
pelajaran dan memupuk nilai moral yang tinggi dalam diri pelajar. Dalam hal
ini,pihak sekolah berharap akan menaikkan prestasi akademiknya bagi melahirkan
insan yang seimbang,berketrampilan dan bermoral tinggi dari semasa ke semasa.
Pencapaian akademiknya ditingkatkan,peratus pelajar-pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang dan kepujian meningkat serta tiada pelajar yang gagal dalam
semua mata pelajaran dalam semua peperiksaaan.
3. Menjadikan sekolah ini sebuah institusi yang dikagumi dan dihormati oleh
masyarakat,ibubapa dan para pelajar sendiri sama ada baik dari segi moral
pelajar-pelajarnya mahupun pencapaian keputusan peperiksaan.
4. Meningkatkan daya usaha para pelajar di dalam pelajaran dan memupuk budaya
ilmu bagi mencapai pembelajaran yang optima lagi berkesan.
5. Berusaha untuk melahirkan insan yang seimbang dan berguna kepada agama,
bangsa , masyarakat dan negara.
6. Melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa dalam kepimpinan dan cergas dari
segi mental dan fizikal melalui kegiatan ko-kurikulum.
7. Berusaha dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa para pelajar dalam bahasa
melayu dan bahasa inggeris serta menggalakkan pelajar untuk mempelajari bahasa
cina.
8. Melahirkan pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi di dalam dan di luar negeri.
9. Memainkan peranan yang lebih efektif untuk memenuhi falsafah pendidikan
negara dan wawasan 2020.
10. Melahirkan individu yang berjaya daan berjasa kepada agama,bangsa dan negara
serta menjadi kebanggaan kepada sekolah.