SEJARAH SEKOLAH

1939


'Lok Yuk Secondary School' ditubuhkan oleh gereja Basel Malaysia ,Kota Kinabalu di Bukit Bendera(Signal Hill)

1953


Peningkatan pelajar meningkat dan pembinaan sebuah blok bilik darjah dibina dengan kos RM 22,00.00

1954


22 April 1954.Majlis pembukaan blok baru SM Lok Yuk dilancarkan sempena ulang tahun ke 50 Gereja Basel Malaysia,Kota Kinabalu

1964


Sebidang tanah di Teluk Likas ,seluas 12.2 ekar (kawasan tanah sekarang) telah digerankan kepada pihak sekolah

1966


Peringkat pertama projek bangunan sekolah di Teluk Likas telah siap pada bulan Ogos ,dengan 9 buah bilik darjah,perpustakaan, makmal fizik,pejabat dan bilik guru dengan kos sebanyak RM310,00.00.Sekolah Menengah Lok Yuk telah dipindahkan dari Bukit Bendera ke kawasan ini

1967


Peringkat kedua projek bangunan sekolah dimulakan dengan 3 buah bilik darjah,sebuah makmal Biologi,sebuah makmal kimia dan sebuah bilik lukisan

1968


Perasmian pembukaan bangunan sekolah baru oleh Ketua Menteri Sabah,Tun Datu Hj.Mustapaha Datu Harun pada 1 Jun 1968

1984


Kerja-Kerja membesarkan blok bangunan dimulakan pada bulan September.Pembesaran ini melibatkan pembinaan bilik masakan Sains rumahtangga,bilik jahitan,makmal Sains,perpustakaan dan 2 buah bilik darjah dengan kos sebanyak RM235,000.00

1985


Penambahan blok bangunan sekolah siap dibina pada bulan Jun

1991


Pasaria anjuran PIBG pertama kali diadakan bertujuan memungut derma bagi menampung kos pembelian bas sekolah dan menambah tabung PIBG. Bangunan projek kilat Kemahiran Hidup siap dibina dan mula digunakan.

1992


Larian Lok Yuk anjuran Alumni diadakan bertujuan untuk memungut derma untuk membiayai pembinaan dewan sekolah.

1994


Pasaria anjuran PIBG kali kedua diadakan

1995


Pasaria anjuran PIBG kali ketiga diadakan untuk memungut derma bagi membiayai pembinaan bangunan sekolah baru dan telah berjaya mengumpul wang sebanyak RM76,429.35. Dua orang pelajar Lok Yuk telah mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian. Johnny Yong(SPM) adalah pelajar terbaik seluruh Sabah dan Kok Tain Fatt adalah di antara 10 pelajar terbaik di Sabah.Teh Pei Lee(8A) dan Rose Lim (7A) adalah pelajar terbaik PMR.

1997


Dewan Sekolah Menengah Lok Yuk siap dibina,Projek 'Gala Night' anjuran PIBG dilaksanakan