VISI SEKOLAH

Tidak lama lagi, kita akan melangkah masuk ke alaf baru, iaitu abad ke-21. Semua orang seharusnya telah membuat persediaan dan perancangan bagi menghadapi masa depan dan memajukan diri sendiri.

Selari dengan itu, Sekolah Menengah Lok Yuk juga telah membuat perancangan untuk memajukan prestasi sekolah dalam semua bidang, iaitu bidang akademik, disiplin dan kokurrikulum.

PERANCANGAN

Dari segi fizikal :

Walaupun sesi persekolahan telah dibahagi kepada sesi pagi dan sesi petang, namun kami masih kekurangan kelas. Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat,(insert link to JUMLAH PELAJAR) pihak sekolah telah merancangkan TIGA projek :

(Untuk jangka masa pendek)

-Bilik Gerakan:

@melibatkan kos RM 100 ribu

@tapak pembinaan terletak di antara Blok A dan Blok B

@mempunyai surau, bilik kecemasan, bilik kaunseling dan lain-lain

@pembinaan dijangka akan bermula pada bulan Septamber 1999

-Bangunan berbentuk "U"

@Melibatkan kos pembinaan RM 800 ribu. Setakat ini sekolah cuma mempunyai RM 400 ribu

@Tapak pembinaan : menghubungkan Blok A dan Blok B

@Bangunan tiga tingkat : mempunyai tandas dan kelas TINGKATAN 6

(Untuk jangka masa panjang)

-Bangunan 4 tingkat :

#Melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 2 JUTA

#Tapak pembinaan : kawasan lapang di sebelah dewan

#Mempunyai KANTIN, MAKMAL, 12 buah BILIK DARJAH dan PERPUSTAKAAN yang lebih besar dan canggih

Selain daripada projek-projek di atas, kemudahan-kemudahan seperti bilik komputer, surau, kantin, tandas, padang, dan perpustakaan juga akan dimajukan. Semua ini memerlukan sokongan dan bantuan daripada PIBG sekolah, Lembaga Pendidikan, dan Jabatan Kementerian. Diharap perancangan ini dapat membantu sekolah ke arah mencapai status Sekolah Bestari dan mendapat sokongan daripada ibu bapa serta pelajar.