Pengumuman Dari Webmaster

 

Salam Reformasi Kepada Semua,

 

Bersyukur ke hadrat Allah kerana saya diberikan kekuatan untuk menghidupkan semula laman Mahasiswa Negara ini setelah webmasternya yang asal telah memberi keizinan kepada saya untuk meneruskan laman yang diasaskannya. Saya merasa terpanggil untuk menghidupkan semula laman ini demi untuk meneruskan dan menyemarakkan semula suara mahasiswa yang mula menyepi kembali. Saya juga seorang mahasiswa yang sedang menuntut di luar negara. Mungkin dengan cara menghidupkan semula ruangan ini saya dapat menyumbangkan sesuatu ke arah merobohkan segala rangakaian penindas

 

Sekian